Tadabbur Ringkas Surah Al-baqarah ayat 179

Ini ialah dari Hannah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Al-baqarah Ayat 179
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah S. W. T menyukai hamba-hamba-Nya yang menggunakan akal dan fikiran untuk memikirkan hikmah di sebalik ketetapan-Nya yang bijak dan maslahat yang ada di dalam ketetapan itu, di mana itu semua menunjukkan kesempurnaannya, kesempurnaan hikmah-Nya, adil-Nya dan rahmat-Nya yang luas. Kerana jika manusia tahu dengan adanya hukum qisas, jika seseorang membunuh orang lain, hukumannya adalah dibunuh. Jadi bagi orang yang berakal, akan mencegah segala perkara yang boleh membuat dirinya dihukum. Hidup akan aman dengan kadar jenayah yang berkurang.

Tazakkur
Di dalam syariat Allah tentang kisas itu terdapat ilmu tentang kehidupan bagi hambaNya, karena dapat mencegah pertumpahan darah dan menghindarkan tindakan kekerasan di antara manusia. Hikmah daripada ayat ini dapat difahami oleh orang-orang berakal sihat dan yang bertakwa kepada Allah dengan cara tunduk kepada hukum Allah dan menjalankan perintah-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.