Tadabbur Ringkas Surah ali imran ayat 190 ayat 190

Ini ialah dari Afrina – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah ali imran ayat 190 Ayat 190
Allah mengarahkan manusia untuk merenung dan memerhatikan kejadian langit dan dan mengunakan akan fikiran apabila melihat segala kejadian alam tersebut seperti kejadian pertukaran malam dan siang yang disebaliknya terdapat kebesaran Allah yg nyata. Allah memberitahu mereka yg menggunakan akal fikiran untuk melihat segala kejadian alam tersebut adalah termasuk dalam golongan ulul albab.

Tazakkur
peringatannya, janganlah kita melihat kejadian alam sekitar dgn hanya pandangan kosong sahaja tanpa berfkir tentangnya. tindakan yang saya perolehi daripada ayat ini adalah mula melihat dan memikirkan kebesaran-kebesaran Allah swt disebalik kejadian alam seperti langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang. Malah, saya juga perlu memikirkan sekiranya semua itu tidak ada dan itu boleh mendatangkan tanda kesyukuran yang tinggi dlm diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.