Tadabbur Ringkas Surah Surah al-waqiah ayat 96

Ini ialah dari NabiLah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah al-waqiah Ayat 96
“Maka bertasbihlah menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Besar” bertasbih dengan nama Allah, yakni sebagai orang yang beriman, sentiasalah berzikir dengan menyebut dan memuji-muji nama-nama Allah. Dengan berzikir dapat menenangkan hati, menghapuskan dosa dan juga dapat memberatkan timbangan pahala kita. Dengan berzikir juga menjaga lidah kita daripada berkata yang kesat.

Tazakkur
Peringatannya ialah, sentiasa mengingati Allah walau dimana jua kita berada, dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir. Salah satu tanda seseorang mukmin itu mencintai Allah adalah sentiasa menyebut-nyebut nama-nama Allah dan sifat2Nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.