Pelajaran Quran dari Aiezzudin
Pelajaran ini dikongsikan oleh Aiezzudin Azlynn
Ia merujuk kepada halaman halaman 351
Pelajaran:
Ayat 14 ini menerangkan bahawa andaikata bukan kerana kurniaan dan rahmat Allah kepada penyebar berita palsu sudah pasti mereka akan di azab.Walau bagaimanapun kebaikkan Allah dalam agama dan dunia meliputi kita semua dengan tidak menyegerakan azab kepada kita. Allah menerima semua taubat orang orang yang bertaubat di antara kita. Sekiranya Allah tidak menerima taubat pasti kita akan ditimpa azab yang dahsyat diatas dosa dosa yang telah kita lakukan (24:14)