Pelajaran Quran dari Noordiana
Pelajaran ini dikongsikan oleh Noordiana Nana
Ia merujuk kepada halaman 46
Pelajaran:
Allah mengetahui apa yang kita nazarkan atau sedekahkan. Sama ada orang lain tahu atau tidak apa yang kita lakukan, apa yang penting Allah SWT tahu.(2:270)\nAllah tidak akan membiarkan sumbangan kita menjadi sia-sia. Di dunia hambaNya yang berinfak ke arah kebaikan layak mendapat pertolongan Allah SWT.(2:270)\nOrang yang zalim iaitu mereka yang berkira-kira atau tidak mahu meninfakkan hartanya, di dunia ini mereka tidak mendapat pertolongan Allah SWT.(2:270)\nSedekah yang dizahirkan jika bertujuan untuk menggalakkan orang lain sama-sama berbuat kebaikan,dibolehkan.Tapi jika dibuat kerana riyak, ia tidak dibenarkan.(2:271)\nAkibat wujudnya sifat riyak, menyebabkan hilangnya segala pahala yang disemai.(2:271)\nSedekah yang kita lakukan, menyebabkan dosa-dosa kecil kita terhapus.(2:271)\nKesan inf