Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada halaman Surah Ali-Imran muka surat 51, juzuk 3, ayat 15\n(3: 15)
Pelajaran:
Ayat 15: Syurga Buat Mereka Yang Bertakwa.\nAllah berfirman ( bermaksud)\n”Katakanlah, “Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu?” Bagi orang- orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Allah Maha Melihat hamba-hamba- Nya”.(3:15)\n Pada ayat 15 ini Allah SWT menawarkan sesuatu yang lebih baik di sisi-Nya berbanding semua perkara yang dicintai manusia seperti yang disebut dalam ayat 14. \n1. Kepada orang yang bertakwa, tersedia disisi Tuhan adalah syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.\nApakah maksud takwa disini? Ia adalah menjauhi perkara-perkara yang merosakkan seperti menyukai wanita, anak-anak, hart