Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada halaman Tadabbur pagi ini adalah sambungan surah Ali-‘Imran ms 52, juzuk 3, ayat 21 (3 :21)
Pelajaran:
Sambungan tadabbur surah Ali- ‘Imran,ms 52, juzuk 3, ayat 21 (3 :21)\n Dalam ayat 21, Allah berfirman (bermaksud)\n”Sesungguhnya orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (sebarang balasan) dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berlaku adil, sampaikanlah kepada mereka khabar gembira iaitu azab yang pedih.” (Ali-‘Imran: 21). \n Dalam ayat 21 ini, Allah SWT menceritakan mengenai sikap Bani Israel yang tidak mahu menyerah (tidak mahu memeluk Islam atau ingkar terhadap ayat-ayat Allah SWT), maka mereka dijauhkan daripada hidayah dan termasuk dalam golongan yang mendapat perhatian-Nya. Tambahan pula selain dari pada ingkar terhadap ayat-ayat Allah SWT, mereka juga telah membunuh para nabi dan orang yang menyeru kepada keadilan. Perkara-perkara mun