Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada halaman Hari ini sambungan tadabbur surah Ali-‘Imran juzuk 3, ayat 22. (3: 22)
Pelajaran:
Dalam surah Ali-‘Imran ms 52, juzuk 3, ayat 22;\nAllah berfirman (bermaksud)\n”Mereka itulah orang-orang yang sia-sia amalannya didunia dan di akhirat dan mereka tidak akan memperolehi penolong.” (3: 22).\n Dalam ayat 22 Allah menyatakan bahawa orang-orang yang tidak memperjuangkan keadilan umpama kambing gemuk yang baru memakan racun hanya menunggu untuk mati sahaja. Ia bermaksud perbuatan yang mereka lakukan itu hanyalah sia-sia sahaja. Ia mengajar kita walaupun melakukan banyak amalan seperti solat atau derma, namun dalam masa sama kita tidak memperjuangkan keadilan maka semua perkara baik itu hanyalah sia-sia belaka. Kita mungkin solat dan sebagainya. Namun, kita tidak jujur, mengabaikan keadilan terhadap kepincangan, maka kita sebenarnya tidak berdiri untuk menegakkan keadilan sebenar.