Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada halaman Surah Ali-‘Imran, halaman 53, juzuk 3, ayat 25. (3: 25)
Pelajaran:
Pada ayat 25 pula, Allah SWT berfirman (bermaksud): “Bagaimana jika (nanti) mereka kami kumpulkan pada hari (kiamat) yang tidak ada keraguan akan terjadinya dan kepada setiap jiwa diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya dan mereka tidak akan dizalami (dirugikan)?”\n Allah SWT membawa persoalan ini bagi orang beriman kerana mereka amat sensitif terhadap perkara yang membabitkan akhirat. Orang beriman tidak akan pernah meragui tentang kewujudan hari akhirat. \n Bagi orang beriman, mereka akan sentiasa berdoa agar diselamatkan daripada azab api neraka, walau pun hanya sesaat berada di neraka (umpama kata- kata orang kafir), ia tetap azab Allah SWT. Bahkan, orang beriman juga tidak jemu meminta agar dijauhkan daripada azab neraka walaupun hanya sesaat. Sepatutny