Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada halaman Surah Ali,-‘Imran, halaman 53, juzuk 3 ayat 27. (3: 27)
Pelajaran:
Dalam surah Ali-‘Imran, ms 53, juzuk 3, ayat 27; Allah berfirman (bermaksud) : “Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Dan Engkau keluarkan yang hidup daripada mati, dan engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki tanpa batasan.” (Ali-‘Imran: 3:27) \n Ayat 27 adalah sambungan daripada ayat 26 yang menceritakan mengenai kekuasaan Allah SWT. Kali ini Allah SWT menunjukkan pula kekuasaan-Nya yang boleh memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Logiknya, untuk memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, adalah satu proses yang sukar. Namun Allah SWT yang Maha Berkuasa mudah untuk melakukannya, kerana tidak lain dan tidak bukan hanya Allah semata-mata kerana ti