Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Ali- Imran ms 51, juzu’ 3, ayat 16 &17.\n(3:16) (3:17)
Apakah pelajaran?
Surah Ali- Imran, juzu’ 3,\nAyat ke 16.\nAllah berfirman (bermaksud):\nOrang-orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunlah dosa-dosa kami dan lindungilah kami daripada azab api neraka.” (3:16)\n Ayat 16 ini menjelaskan kepada kita bagaimana untuk menjadi hamba yang disayangi. Ia adalah kesenambungan daripada ayat 15, yang menyatakan bahawa Dia Maha Melihat akan hamba- hamba- Nya yang disayangi.\n Pasti kita ingin tahu siapakah hamba-hamb-Nya yang disayangi? Mereka ini telah Allah SWT tawarkan untuk berada dalam syuga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya dan beroleh pasangan yang suci bersih.Paling menarik, tawaran ini juga sebenarnya Allah SWT telah tawarkan untuk kita.\nDalam ayat 16, Allah SWT nyatakan ciri-ciri mereka adalah orang yang b