Meluncur laju dengan bekalan berterusan
Ford Escape meluncur laju. Signal menunjukkan petrol berada di paras minima. Mujur terlihat papan tanda Petrol Station lagi 500m. Keresahan di hati terubat seketika. Usai tiba di salah satu pam, pemandu bergegas mahu membayar di kaunter. Namun, dia kaget, wang di dompet hanya berwarna hijau. Mata melilau mengharapkan adanya ATM berdekatan namun hampa. RM5 dihulur, mengharapkan kereta yang dipandu boleh melepasi kemampuan petrol sebanyak RM5 sahaja. Ford Escape kembali keluar menuju lebuh raya, mengharapkan keajaiban berlaku agar selamat tiba di destinasi.
Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) danlaksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannyadari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Al-‘Ankabut, 29 : 45
Beberapa analogi yang terkait :
1) Ford Escape = Jasad manusia
2) Petrol station = Solat
3) Wang = Hafalan Quran
4) Petrol yang diisi = Bacaan quran dalam solat / penanaman belief-system bersumberkan wahyu.
Setiap kita mungkin melaksanakan solat saban waktu. Minima 5 kali sehari semalam. Namun adakalanya, mengapa solat yang dilaksanakan tidak mampu mencegah diri daripada perbuatan yang keji dan mungkar?
Terkait ilmu psychology… Sistem kepercayaan (spiritual dimension) & emosi seseorang insan mempengaruhi hampir 90% tindakan seorang manusia berbanding intelektualnya. Seorang anak yang sempurna pancainderanya namun sering dimarahi & direndahkan ibu bapa berkemungkinan besar akan bertindak seperti orang bodoh yang lemah kudratnya dan banyak kekurangan. Berbanding dengan seorang anak yang cacat salah satu anggotanya tetapi seringkala diberi kepercayaan dan galakan oleh ibu bapa, akan tumbuh cemerlang, merentasi segala rintangan.
Seorang yang merokok, rata-rata mengetahui akibat buruk perlakuan tersebut tetapi masih meneruskan tabiatnya kerana faktor emosi yang terkait kuat dengan tabiat tersebut. Begitu juga dengan para peminum arak. Namun, ada satu kuasa yang boleh mengembalikan mereka kepada “jalan yang benar” iaitu melalui penanaman belief-system yang baru. Sebagaimana para sahabat yang sedang meminum arak, lantas menumpahkannya ke tanah tatkala datangnya perintah pengharaman arak. Begitu murninya hati mereka sehingga mampu berinteraksi dengan wahyu ilahi mengalahkan habit yang tertanam bertahun-tahun lamanya.
Seorang coach pernah mengajarku, setelah menyedari sebarang unhealthy belief-system yang ada dalam diri, cara untuk menanamkan belief -system baru yang bersumberkan wahyu ilahi adalah :
1) Relax n tenang (mode gelombang theta). Betulkan pernafasan.
2) Fikirkan dan visualisasi.
3) Repeat sehingga benar-benar mengimani kepercayaan yang baru.
Contoh unhealthy belief system
“Best makan chocolate cake & minum CikguDrink hari-hari.Nikmat dunia, tak boleh tinggal.”
New belief system
“Bila saya makan berlebih-lebihan, saya sebenarnya sedang membuang “sampah” dalam badan. Masalahnya “sampah” ni akan menjadi lemak dan menggemukkan diri. ”
… Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.
Al-‘Araf, 7 : 31
***