Al Baqarah No Surah : 2 No Ayat : 158
“Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.”
Al Baqarah
No Surah : 2
No Ayat : 158
🍂Tadabbur Allah
Al Alim – Yang Maha Mengetahui!
🌿Peringatan
Ingat segala perbuatan saya Allah tahu dan tiada satu pon terselindung.
🌿Penawar
Leganya saya tidak perlu berpura2, Allah akn lindugi saya.
🌿Petunjuk
Saya jelas untuk berhati2 dlm perbuatan saya.
🌿Rahmat
Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui, jagai aku supaya aku selalu ingat padaMu.
🍂Tadabbur Ibadat
Didiklah diri Sehingga ia gemar untuk mengerjakan perkara kebajikan.
🌿Peringatan
Ingatlah buat kerana Allah. Sebaik-baik ganjaran adalah pahala yang Allah.
🌿Penawar
Leganya saya buat perkara dengan ikhlas. Tanpa mengarapakan ganjaran dari orang.
🌿Petunjuk
Saya jelas ikhlas tu milik Allah, maka buat kebaikkan moga keikhlasan utk Allah berikan pada kita.
🌿Rahmat
Ya Allah! Jagalah hatiku, setaip perkara yg berlaku, aku buat keranaMu.
🍂Tadabbur sirrath
Seruan kepada orang mukmin. Tema : Identiti teguh menjadi pemimpin.
🌿Peringatan
Ingat Haji adalah rukun islam ke-5 yang wajib dilaksanakan.
🌿Penawar
Leganya Ka’bah bukan hanya Pusat Ibadah saja. Tapi juga Pusat untuk mengatur urusan dunia. Jika para jenderal-jenderal Islam dari seluruh dunia berkumpul pada Musim Haji dan mengatur strategi serta saling bantu.
🌿Petunjuk
Saya jelas Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia.
🌿Rahmat
Ya Allah jemputlah aku jadi tetamu ke rumah suciMu. izinkan aku ziarah makam Nabi Muhamaad saw.