At Talaq No Surah : 65 No Ayat : 4

“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.”

At Talaq
No Surah : 65
No Ayat : 4

🍂Tadabbur Allah

Al Waaliy – Yang Maha Pemerintah/Menguasai Urusan.

🌿Peringatan

Ingat semua perkara saya boleh merancang , Allah yang akan menguruskan yang terbaik.

🌿Penawar

Leganya setaip apa yang saya buat saya boleh kembali pada Allah.

🌿Petunjuk

Saya jelas untuk minta pada Allah uruskan urusan saya, semua gerakan saya kena mohon pada Allah.

🌿Rahmat

Ya Allah Jangan biarkan aku leka, setiap apa yg berlaku gerakan dariMu, terus bantu aku.

🍂Tadabbur Ibadat

Bertakwalah! Sesungguhnya Allah akan memudahkan segala urusan.

🌿Peringatan

Ingat! Bertakwalah. Buat apa Allah suruh, tinggal apa yang Allah larangan.

🌿Penawar

Leganya saya buat saja perkara yang baik, ganjaran biarlah Allah yg tentukan.

🌿Petunjuk

Saya jelas untuk rujuk semula pada Kitab Al Quran, hadis & sunnah.

🌿Rahmat

Ya Allah Jangan biar aku buat perkara yang murka.

🍂Tadabbur Siraath

Takwa (iddah penceraian) Tema: menguruskan perselisihan (Perceraian)

🌿Peringatan

Ingat segala kekusutan boleh rujuk semula pada Al-Quran.

🌿Penawar

Leganya walaupun belum berlaku Al-Quran dah terangkan bagaimana kita nak atasi.

🌿Petunjuk

Saya jelas cari jawapan dlm Al-Quran. Minta bantuan dari Allah.

🌿Rahmat

Ya Allah tiada kuasa lain selain dariMu. BDQ-At Talaq 65 Ayat 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.