Tadabbur Tazakkur

IKHLAS KE SEBENARNYA???

 

~KEIHKLASAN~

 

“Aku ikhlas menghadap Allah”

“Aku ikhlas untuk taat kepada Allah”

“Aku sayang Allah”

“Hanya Allah dihatiku”

“Aku milik Allah”

 

Kata-kata ini sering diungkap oleh hamba Allah terutama sekali mereka post di media sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat. BeeTalk dan lain-lain.

 

Mereka ungkapkan ayat ini untuk menceritkan keikhlasan mereka kepada Allah SWT tetapi…..

 

Apa yang dimaksudkan dengan Ikhlas kepada Allah SWT???

 

Adakah mereka bernar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan keikhlasan???

 

Bagaimana untuk ikhlaskan diri kepada Allah SWT berteraskan wahyuNya???

 

Tadabbur ayat ini dalam mengikhlaskan diri kepada Allah SWT….

 

Insha Allah….

 

Surah Az-Zumar 13:14

قُلِ ٱللَّهَ أَعۡبُدُ مُخۡلِصٗا لَّهُۥ دِينِي ١٤

  1. Katakanlah: “Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku”

Kata Akar:

مُخۡلِصٗا : خلص

Maksud :

  1. Khusus: Khas,Istimewa(untuk seseorang atau sesuatu), tidak umum (KD3,675)
  2. Ikhlas: Hati suci, jujur, tidak menipu atau tidak berpura-pura. (KD3,480)
  3. Pilihan/pilih: memandang kedudukan/darjat, bangsa, keturunan. (KD3,1036)
  4. Mengasing/Asing: Berlainan, terpisah, tersendiri. (KD3,68)
  5. Menyendiri: Duduk seorang diri, mengasingkan, memencilkan,menyisihkan diri. (KD3,1240)
  6. Bersih/Suci: tidak kotor, bebas daripada pencemaran, jujur, ikhlas, suci, murni, bebas daripada amalan yang tidak baik, bebas daripada anasir yang tidak baik, keuntungan. (KD3,146)
  7. Murni: tidak mengandungi unsur yang asing(Biasanya unsur-unsur yang menyemarkan), bersih benar, suci, tulen. (KD3,910).

Level Tadabbur:

 

L1 – Satu ayat :

  •    Allah sahaja aku sembah dengan memurnikan serta khas untuk taat kepada Allah dalam agama Nya.

 

L2 – Sebelum dan selepas :

  •    Sebelum:

قُلۡ إِنِّيٓ أَخَافُ إِنۡ عَصَيۡتُ رَبِّي عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ ١٣

  1. Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku – akan azab hari yang besar (soal jawabnya).
  •    Selepas:

فَٱعۡبُدُواْ مَا شِئۡتُم مِّن دُونِهِۦۗ قُلۡ إِنَّ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ وَأَهۡلِيهِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِينُ ١٥

  1. (Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya). Katakanlah lagi: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.
  •    Tadabbur L2(Gabungan ayat sebelum dan selepas):

Aku takut dengan Allah jika derhaka kepada Nya akan azab hari pembalasan maka aku perlulah mengabdikan diri kepada Allah dengan memurnikan serta khas untuk taat kepada Allah dalam menjalankan agama Nya. Allah juga mengingatkan aku bahawa nak sembah yang lain sembahlah tetapi aku akan tahu akibatnya serta orang yang rugi akan rugi untuk diri sendiri dan pengikutnya.

 

L3 – Ayat dan nama surah

 

Nama Surah: Az-Zumar = Rombongan

 

Aku dan rombongan(Jemaah) perlulah hanya sembah Allah dengan memurnikan serta khas untuk taat kepada Allah dalam agama Nya.

 

L4 – Ayat dan tema surah

 

Tema Surah: Ikhlas kepada Allah

 

Aku perlulah sentiasa ikhlas kepada Allah apabila menyambahNya dan memurnikan serta khas untuk taat kepada Allah sahaja.

 

L5 – Pembukaan/ penutup surah

 

  • Pembukaan:

تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ  ﴿١﴾؅

  1. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

  • Ayat Pilihan:

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي  ﴿١٤﴾؅

  1. Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.

 

  • Penutup:

 

وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ ۖ وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَقِيلَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  ﴿٧٥﴾؅

  1. Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!”

 

Tadabbur L5:

Al-Quran yang diturunkan dari Allah adalah untuk aku sembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada Nya dalam menjalankan agama Allah serta Allah akan menghakimi aku dengan adil dan aku perlu akan keputusan Allah dengan mengucapkan “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!”

 

L6 – Perkataan dgn ayat/surah lain

 

  • Surah/Ayat lain:

(As-saffat 37:74)

إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ  ﴿٧٤﴾؅

  1. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).

 

  • Ayat Pilihan:

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي  ﴿١٤﴾؅

  1. Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.

 

Tadabbur L6:

Aku perlulah hanya menyembah Allah dengan memurnikan amalan agamaku kepadaNya agar aku akan terselamat dan mendapat balasan yang baik.

 

L7 – Konsep dengan ayat/surah lain

 

  • Surah/Ayat lain:

(Sad 38:46)

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ  ﴿٤٦﴾؅

  1. Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.

 

  • Ayat Pilihan:

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي  ﴿١٤﴾؅

  1. Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.

 

Tadabbur L7:

Aku perlulah hanya sembah Allah dengan memurnikan dan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya agar sentiasa memperingati negeri akhirat.

 

L8 – L1-L7 dengan Hadith

 

  • Hadis pilihan:

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah swt tidak melihat (menilai) bentuk tubuh serta kemolekan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

 

  • Ayat Pilihan:

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي  ﴿١٤﴾؅

  1. Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.

 

Tadabbur L8:

Aku perlulah hanya sembah Allah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya kerana Allah tidak menilai dari segi luaran tetapi Allah menilai keikhlasan hatiku.
#Tadabburtazakkur

4 thoughts on “IKHLAS KE SEBENARNYA???

  • Saya baru bertadabbur pada ayat yang sama semalam. Dan ia sangat beri impak yang mendalam pada saya bila saya sedari bahawa usaha untuk dapat ikhlas ini, tidak cukup hanya diusahakan secara individu, namun perlu diusahkan dalam bentuk jemaah. Ikhlas secara berjemaah. Kerana, jemaah ikhlas dan tidak ikhlas, pengakhiran mereka sangat jauh berbeza (syurga dan neraka). Jangankan pengakhiran, perjalanan menuju pengakhiran juga jauh berbeza yang dinyatakan dalam surah yang sama pada ayat 71,73.

    Terima kasih di atas perkongsian ini.

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Alhamdulillah Jzkk Tuan Adam….
      List dibawah merupakan antara ayat yang menceritakan ttg keikhlasan:
      12,8
      3,46
      4,146
      12,54
      39,3
      16,66
      2,94
      7,32
      33,50
      6,139
      7,29
      10,22
      29,65
      31,32
      40,14
      40,65
      98,5
      19,51
      12,24
      15,40
      37,40
      37,74
      37,128
      37,160
      37,169
      38,85
      38,46
      39,14
      2,139
      39,2
      39,11

      Insha Allah…Jika ada lagi tambahan boleh sharekan…
      sama-sama kita tadabbur Quran malah Tazakkur juga…
      Insha Allah..

      Reply
      • Terima kasih tuan aiman di atas perkongsian di atas. Semoga Allah merahmati tuan aiman.

        Reply

Leave a Reply to Adam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.