Syaitan tak berkuasa pada kita
Sebenarnya, syaitan tiada sebarang kuasa ke atas kita, orang-orang yang beriman dengan syarat kita mengambil Allah sebagai al-Wakeel (Pembela).
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (al-Israa:65)
Persoalannya, bagaimana mahu mengambil Allah sebagai al-Wakeel?
- Tidak menurut hawa nafsu, menjaga syahwat
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
(al-Furqan:43)
- Tidak bergantung selain sepenuh pergantungannya pada Allah.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (at-Talaq:3)
- Berusaha seperti usahanya itu adalah segalanya, dan bertawakkal pada Allah, seperti usahanya itu tiada apa-apa.
Sebuah keluarga, ingin bercuti ke Kelantan. Sebelum perjalanan bermula, si ayah akan memeriksa keadaan kereta, lampu, gear, meter, isi air, isi minyak periksa enjin dan lain-lain. Setelah selesai, dia masuk ke kereta, start enjin, dan berdoa “Wahai Yang Maha Menjaga, Wahai Yang Maha Kuat, Wahai Yang Maha Penyelamat, aku serahkan segalanya padaMu, selamatkan perjalanan aku dan keluargaku ini”. Si ayah berusaha untuk ‘menjaga’ kereta sebelum memulakan perjalanan, namun di akhirnya dia menyerahkan ‘kereta’ dan seluruh keluarganya kepada Yang Maha Penjaga.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia (al-Anfal:60)
- Berpaling terus dari orang kafir dan munafiq, dan tak taati mereka
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (al-Ahzab:48)
- Orang yang benar-benar istiqomah berada pada jalan yang lurus, yang hanya mampu bertawakkal padaNya.
Jika kita membuat maksiat pada Allah, bagaimana kita ‘rasa’ nak bertawakkal pada Allah? Kita akan berasa malu untuk bertawakkal padaNya. Orang yang bertawakkal pada Allah berada pada jalan yang lurus, dan orang yang bermaksiat, berada pada jalan yang bengkok. Maka, jika kita berada pada jalan yang lurus, barulah mampu untuk bertawakkal padaNya.
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
(al-Imran:173)
Selamat berusaha untuk menjadikan Allah sebagai al-Wakeel (Pembela), supaya syaitan tak dapat kuasai kita!
Kannn..
Kata kuncinya berbalik kpd sejauh mana kita mengambil Quran sbg pedoman sehingga ia menjadi furqon yg memampukn kita memilih utk berada d jln yg lurus atau tidak.
ye. Benar, setuju dengan cik puan maryam. Jika Quran mampu menjadi furqan, Allah lebih merahmati, lebih senang untuk menaungi.