Keadaan yang amat malu dan hina
“Ooh rupanya selama ini kamu la yang mencuri di kedai ini ya!” Hakim tersentak apabila disergah dan lebih parah lagi menyedari dirinya sudah’kantoi’. Tahu bahawa dirinya sudah tidak mampu lolos, dia berusaha meminta simpati seraya berkata :
“Minta maaf pakcik. Minta maaf saya janji takkan buat lagi” Hakim meminta belas ihsan kalau-kalau dirinya boleh terlepas.
“Apa?! Kamu minta maaf saja? Kamu tahu pakcik rugi banyak sebab orang-orang yang macam kamu ni lah! Bekerja malas! Tahu nak dapat duit segera saja. Pakcik tak kira, kalini pakcik nak bawa kamu ke balai!” Encik Harun merengus marah dan sedikit terkilan dengan perangai anak muda ini. Tambahan, beliau berkawan rapat dengan ibubapa Hakim. Beliau terpaksa mengambil keputusan ini untuk memberi pengajaran kepada anak muda ini atas perbuatannya itu.
*** di balai polis
Hakim meunundukkan muka sahaja sepanjang di soal-siasat oleh pihak polis. Dia benar-benar malu dan menyesal. Dia telah memalukan keluarganya, lebih teruk lagi, dia telah memalukan dirinya sendiri. Pada waktu itu, dia berfikir jika dia mendengar nasihat ibunya selama ini, pasti perkara seteruk ini tidak berlaku. Hakim sangat berharap supaya dia boleh keluar dari ‘situasi’ itu, dan benar-benar berharap pada pertolongan sesiapa yang boleh menolongnya. Namun, dia tahu perkara itu mustahil terjadi kerana dirinya sememangnya sudah ada di sini…
***
Situasi yang sama, boleh berlaku kepada kita (nauzubillah) jika ingkar.
Berharap supaya masa boleh berputar kembali…
“Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: “Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?” (asy-syura:44)
Ketika dihadapkan ke neraka, rasa malu dan hina sangat.
“Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal”. (asy-syura :45)
Akibat dari perbuatan kita yang tidak mematuhi aturan di dunia.
“Patuhilah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). (as-syura:47)
Apakah aturan itu?
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. (asy-syura:52)
Semoga kita dijauhkan dari rasa malu, hina dan menyesal ketika dihadapkan ke neraka. Semoga kita diberi cahaya untuk mengikuti jalan yang lurus, iaitu Al-Quran yang mana jalan yang milikNya, Penguasa di langit dan bumi (asy-syura:53).