Tadabbur Tazakkur

Yang mengajar dengan Pen dan Tulisan

Hari ini, seharian suntuk di UITM Puncak Alam, berdiskusi modul & learning plan untuk kelas pengajian pelajar minggu akan datang. Selesai solat Asar, terus bergegas pulang. Bateri phone tinggal 15%. Power bank juga nak habis.

Allah… Sempat tak waze sampai rumah?

Selepas 10 minit perjalanan, bateri tinggal 4%? Nak buat apa? Tinggi risiko sesat jika meneruskan perjalanan tanpa petunjuk waze. Silap-silap, tak sampai Puchong.

Nekad, berhenti di laluan kecemasan. Sesegera mungkin mencapai pen dan kertas. Terus mencatat arahan perjalanan seterusnya.

 

Beberapa minit kemudian, ya, phone mati.

Coretan atas kertas itu juga akhirnya menjadi petunjuk tiba ke destinasi.

Alhamdulillah, selamat tiba di rumah.

 

***

Tatkala bergegas mencari pen dan kertas di saat-saat “kecemasan”, terlintas dalam fikiran surah Al-‘Alaq. Mungkin kerana ketika itu, pen asalnya tidak dijumpai. Terfikir-fikir ada tak cara lain utk menulis selain pen? Err..  Pen terasa amat berharga pada waktu itu kerana menjadi nota petunjuk ke jalan yang lurus menuju rumahku.

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pen dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al-‘Alaq, 96 : 1-5

 

Waze, Pen, kedua-duanya penting?

Waze, memberi petunjuk.

Pen, menjadi catatan nota, mengikat apa yang dipelajari dan diperoleh daripada petunjuk.

Alangkah baiknya seandainya sikapku jauh lebih sensitif memposisikan pentingnya Al-Quran dalam memberi petunjuk hidupku ke jalan yang lurus. Sebagaimana tingginya pergantunganku terhadap Waze bagi mendapatkan “petunjuk” menuju destinasi, apakah sikapku juga begitu terhadap Al-Quran? Apakah aku meletakkan AL-Quran sebagai tempat bergantung, tempat tawakalku, agar selamat tiba ke destinasi syurga.

Sejauh mana aku bersungguh-sungguh menulis dan mencatat kefahaman Al-Quran, bersedia dengan solusi Al-Quran, sebagai sikap hati-hati, mengelakkan risiko “sesat”, sebelum menghadapi waktu-waktu kritikal yang tidak berkesempatan membelek naskhah Al-Quran.

Sebagaimana aku serius mengambil langkah berjaga-jaga sebelum phone mati mengakibatkan terputusnya daripada panduan Waze, apakah aku turut serius mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ditimpa ujian berat yang adakalanya tidak memungkinkan  sempat menelaah Al-Quran.

Sebelum melangkah ke alam rumahtangga, sejauh mana telah bersedia, menulis dan mencatat panduan Al-Quran dalam menghadapi ujian hidup berkeluarga?

Sebelum melangkah menjawat amanah pemimpin dalam organisasi, sejauh mana telah bersedia, menulis dan mencatat panduan Al-Quran dalam mengemban ujian amanah tersebut?

Sebelum melangkah memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu atau ayah, sejauh mana telah bersedia, menulis dan mencatat panduan Al-Quran untuk menjadi ibu bapa teladan kepada anak menurut acuan wahyuNya?

4 thoughts on “Yang mengajar dengan Pen dan Tulisan

  • IzzaruddinRadzuan

    analogi yang baik.sudut pandangan saya pun banyak berubah ,banyak perkara kene ubah.

    BETULKAN YANG BIASA MENJADI BIASA DENGAN YANG BETUL

    Reply
    • Ayat Ibrahim

      Bukan mudah kan? lebih-lebih lagi bila nak membetulkan sistem kepercayaan yang dah laaaaaaaama tertanam.

      Moga Allah terus kurniakan petunjuk

      Reply
  • Huda Toha

    saya biasa sangat terjadi keadaan begini. Travel jauh-jauh ke Melaka, Shah Alam, tiba-tiba phone mati. Memang masa tu, terasa sangat pentingnya ‘petunjuk’. Tanpa ‘petunjuk’, perjalanan sepatutnya sejam, jadi 4 jam (saya pernah alami).

    Tapi, kadangkala, masa sesat tu best juga, latih diri tawakkal pada Allah sungguh2. Cuma, mungkin lepas ni, saya juga boleh guna idea cik ni, sebagai tanda ‘usaha’ bukan hnya bertawakkal shja. Terima kasih!

    Reply
    • Ayat Ibrahim

      Sejujurnya, di saat panik mencari pen tak terjumpa, terlintas di fikiran untuk cucuk jari agar boleh gunakan titisan darah sebagai dakwat. (Al-maklumlah, dah terbiasa hari-hari cucuk jari pesakit kat klinik). Nak menunjukkan betapa kritikalnya di saat itu berhajatkan untuk “tetap” atas petunjuk waze. Sanggup berkorban “jiwa”.

      Alhamdulillah dipertemukan dengan sebatang pen tersorok. Lalu selamat meniti jalan highway dan selok beloknya, menuju rumah. Berpandukan nota petunjuk waze yang sempat dicatat.

      Kalau jalan dunia pun risau tersesat.

      Bagaimana pula dengan perjalanan kehidupan, apakah menyampaikan ke destinasi syurga andai petunjuk dari QalamNya terputus?Sanggup mengerahkan kesungguhan demi menggapai petunjukNya agar tetap di jalan yang lurus?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.