Solat yang khusyu’
Kenapa solat (Kanvas Al-Mukminun, 23 : 1-2 ; Toha, 20 : 14 ; Al-Kauthar, 108 : 1-2; Al-Baqarah, 2 : 45-46)
Solat, tapi tak sedar.
Solat, tapi tak khusyu’.
Kenapa ya?
Sejak kecil, seringkali difahamkan yang kita solat kerana…
- Supaya dapat pahala.
- Supaya tak masuk neraka.
- Nanti hari akhirat, itu perkara pertama yang ditanya.
Solat yang tidak bersandarkan sebab yang cukup konkrit? Lalu solat itu sekadar pergerakan dan perbuatan. “Asal aku solat sudaaah.” Atau “Janji, solat.”
Dan sebenarnya, kenapa kita solat?
Rujukan surah Toha, kita solat untuk mengingati Allah.
Rujukan Al-Baqarah, kita solat untuk memohon pertolongan Allah.
Sebab-sebab ini lebih jelas dan lebih konkrit kan?
Dia sendiri yang mengajar, kenapa saya kena solat?
Supaya ingat Allah.
Supaya dapat minta pertolongan.
Kalau dua-dua ini tiada dalam niat setiap kali kita masuk untuk mengerjakan solat, risau kalau-kalau solat itu sekadar pergerakan badan tanpa roh. Tanpa sedar. Tanpa fokus.
Dan Allah ajar, bagaimana nak khusyu’? Ingat pertemuan denganNya dan ingat yang engkau akan kembali kepadaNya. Appointment yang dinanti-nantikan. Ingat tu. dalam solat dan di luar solat. Ingatlah urusan pertemuan denganNya. Dan jinakkan hati agar terus rasa tunduk.