Tadabbur Tazakkur

Di saat langkahan kakiku menuju syurga

Perasaan Syamila bercampur baur. Takut, resah semuanya ada. Mana tidaknya, esok dia harus berjumpa dengan penyelia untuk menyemak penulisan dari tesisnya yang berbaki. Malam ini, dia harus stay up dan touch up mukasurat yang berkaitan, menulis sebaik dan semampu mungkin.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi penyelia sudah menghantar whatsApp. Tit.. tit.. bunyi mesej masuk.

“Jumpa saya harini, jam 9 pagi di pejabat saya” -Dr. Ariff.

Syamila sudah kaget. Penulisannya untuk bab 3 yang akan dibincangkan bersama penyelia dirasakan masih tidak betul-betul ‘perfect’. Jam sudah menjangkau ke angka 8.30 pagi , bermakna masa berbaki kurang dari 30 minit lagi.

“sempat ke tak ni… mesti penyelia marah kalau tak buat betul-betul” monolog dirinya.

Dr Ariff dikenali di fakulti sebagai seorang yang sangat tegas. Mana-mana pelajar yang tidak mengikut ‘arahan’, akan dimarahi. Mengingatkan itu, bertambah kecut perut syamila kerana pasti dia juga akan dimarahi nanti.
Masa yang ‘digeruni’ sudah tiba. Jam sudah berdetik ke pukul 9 pagi, Syamila melangkah masuk ke pejabat Dr. Ariff.

Bismillahirrohmanirrohim.. “

 

30 minit kemudian…

Melangkah keluar dari bilik Dr, Syamila merasakan segala kegusaran seminggu lepas hilang serta merta. Hatinya lapang, perasaannya benar-benar lega. Walaupun banyak pembetulan yang perlu dibuat, namun sekurangnya rasa perit seminggu yang lepas sudah hilang. Menikmati perasaan yang sangat lapang itu, lantas dia teringat sepotong ayat cinta Tuhannya.
“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk) – (39:74)
Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”. (39:75)

Terlintas di fikirannya. “aku keluar dari bilik Dr, pun rasa gembira sangat-sangat dah kerana hilang beban di kepala. Apatah lagi, melangkah masuk ke syurga. Pasti rasa gembira dan syukur itu tidak terungkap, kerana penat lelah di dunia, sudah terlepas”. Dengan kata-kata selamat dari Robbku. Pasti syurga itu sangat indah!

“Mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani” (36:57)

Allah sendiri yang menjemput, bukan malaikat, bukan nabi. Bayangkan Dia sendiri yang menyeruku supaya masuk ke syurgaNya. Special kan?

Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! (89:28)

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (89:29)

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (89:30)

Manakah lagi kelegaan yang paling besar, selain kelegaan melangkah kaki ke syurga. Terima kasih Allah untuk nikmat syurga. Persoalannya sekarang, kalau benar aku nak ke syurga yang indah ini, apa aku sudah serius ‘berbuat’ di dunia. Bagaimana?

2 thoughts on “Di saat langkahan kakiku menuju syurga

  • Maryam Musa

    Best andai keluar dari “bilik” dunia, dapat masuk syurga, berpasukan.
    Sudahkah cukup berbuat?

    Seringkali hadir peluang amal yang menyita tenaga, harta dan waktu. Mudah sekali untuk berasa enggan dan menolak. Hidup biasa-biasa sahaja, tidak perlu bersusah-payah memikirkan islah masyarakat, bukankah itu lebih mudah?
    Tetapi di saat mengenangkan akhirat.. Mengenangkan Hari Pertimbangan Amal..Oh no.. I need this ‘amal to survive. Di saat itu mungkin fokus memikirkan di manakah saat-saat sulit beramal atas jalanNya, mendidik diri, keluarga dan masyarakat. Mungkin itu yang memberatkan timbangan amal.

    Ketika stress, rasa hendak berundur, rasa tiada yang sudi membantu, hilang “Harun” yang diharapkan… heh.. nak buat apa?

    “It’s ok, Harun dari Bangi sudi membantu” Dia memujuk.

    (^_^)v

    Moga Toha terus mengecapi kebahagiaan dengan pedoman Islam. Sebahagia namamu.

    Reply
  • Aiman La Yubali

    Semoga toha dan maryam musa kesyurga bersama….sambil berpegang tangan kesana…
    Aamiin

    Reply

Leave a Reply to Maryam Musa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.