Suci

Hati yang kotor, terpalit segala noda-noda dosa, bagaimana untuk mengembalikannya suci bersih, kembali kepada fitrah yang murni?

“Eh, apa pentingnya menyucikan hati?”

Hmm, mengapa perlu ya?

Kerana hati yang suci mampu menggerakkan jiwa manusia langsung cemerlang berprestasi di bumi ini. Bukan sekadar di mata manusia tetapi berjaya di sisiNya jua.

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ

Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan diri.

Al-‘Ala, 87 : 14

Jiwa yang cemerlang dari segi fizikal, emosional, intelektual dan spiritual. Semuanya bermula dengan hati yang selamat. Ada sahaja si gagah perkasa dengan jasad yang sihat tetapi malas berkerja dek hati yang kecil  dan lemah enggan berbakti. Ada sahaja si cerdik pandai tetapi suka memonopoli, menindas yang lemah kerana memiliki hati yang kotor.

Saya, kategori mana?

Sedangkan hati yang suci menzahirkan emosi yang murni, tumbuh dari benih iman yang benar. Kekuatan iman itu luar biasa, terbit dari jiwa yang peduli menyucikan diri.

Justeru, bagaimana untuk menyucikan hati?

هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang ummiy, seorang rasul (Nabi Muhammad), daripada kaum mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan mensucikan mereka serta mengajarkan mereka Al-Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu berada dalam kesesatan yang nyata.

Al-Jumu’ah, 62 : 2

Mahu menyucikan hati? Mulakan dengan mendengar dan memahami ayat-ayatNya. Mulakan dengan peduli untuk TAHU apa yang Dia ajarkan. Agar tidak menjadi seperti golongan sesat (ٱلضَّآلِّينَ )yang sering bibir ini lafazkan dalam bacaan Al-Fatihah 17 kali sehari semalam.

Kemudian?

Pilihlah kebenaran dalam setiap sela kehidupan. Engkau sudah tahu kebenaran, mengapa mahu memilih kesesatan?

وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا ( ٧ ) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا ( ٨ ) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا ( ٩ ) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaan). Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

Asy-Syams, 91 : 7-10

Proses itu mungkin tidak semudah menulisnya di sini. Mungkin sulit. Mungkin sukar. Kerana lawan kita si syaitan terus dan terus mahu menjadikan hati itu kotor. Kalau bukan kerana rahmatNya, tiada antara kita yang disucikan.

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ وَمَن يَتَّبِعۡ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَإِنَّهُ ۥ يَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ أَبَدً۬ا وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ ( ٢١

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (daripada perbuatan keji dan mungkar) selama-lamanya. Tetapi Allah membersihkan siapa yang menghendaki. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

An-Nur, 24 : 21

 

Kalau tak kerana kurniaan dan rahmatNya, tiada seorang pun yang suci?

Allah, apakah kurniaan dan rahmatMu?

 

ٱلرَّحۡمَـٰنُ ( ١ ) عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ ( ٢

Yang Maha Pemurah. (Dia) mengajarkan Al-Quran.

Ar-Rahman, 55 : 1-2

 

Dan memang, peringatan dari Ar-Rahman (Al-Quran) itulah yang menyelamatkan kita daripada syaitan yang sentiasa mengajak kepada yang keji dan mungkar.

 

وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ ( ٣٦

Dan barangsiapa yang berpaling daripada pengajaran Allah Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami biarkan syaitan menyesatkannya dan menjadi teman karibnya.

Az-Zukhruf, 43 : 36

 

***

Wahai hati, bersinarlah.

Agar pulangmu kelak menemuiNya dalam keadaan diredhai.

 يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ ( ٢٧ ) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ ( ٢٨ ) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى ( ٢٩ ) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى ( ٣٠

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.

Al-Fajr, 89 : 27-30

***

Tadabbur L6, keyword  ذ ك و

4 thoughts on “Suci

  • May 16, 2017 at 9:39 am
    Permalink

    Mensucikan juga bermaksud khusus/Khas/tidak umum.

    Bahasa mudah kita adalah fokus kepada satu.

    Bagaimana untuk sucikan diri sedangkan kedunian dalam kehidupan harian sentiasa bersarang difikiran terutama sekali ketika beribadah kepada Allah SWT?

    Surah Az-Zumar 13:14
    قُلِ ٱللَّهَ أَعۡبُدُ مُخۡلِصٗا لَّهُۥ دِينِي ١٤
    14. Katakanlah: “Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku”

    Kata Akar:
    مُخۡلِصٗا : خلص
    Maksud :
    1. Khusus: Khas,Istimewa(untuk seseorang atau sesuatu), tidak umum (KD3,675)
    2. Ikhlas: Hati suci, jujur, tidak menipu atau tidak berpura-pura. (KD3,480)
    3. Pilihan/pilih: memandang kedudukan/darjat, bangsa, keturunan. (KD3,1036)
    4. Mengasing/Asing: Berlainan, terpisah, tersendiri. (KD3,68)
    5. Menyendiri: Duduk seorang diri, mengasingkan, memencilkan,menyisihkan diri. (KD3,1240)
    6. Bersih/Suci: tidak kotor, bebas daripada pencemaran, jujur, ikhlas, suci, murni, bebas daripada amalan yang tidak baik, bebas daripada anasir yang tidak baik, keuntungan. (KD3,146)
    7. Murni: tidak mengandungi unsur yang asing(Biasanya unsur-unsur yang menyemarkan), bersih benar, suci, tulen. (KD3,910).

    Reply
    • May 16, 2017 at 5:25 pm
      Permalink

      Thank you for this reminder Aiman.
      Terperasan pattern.
      Aiman love this word mukhlas. (^_^) Ada komen juga dalam entry khusyu’ part suci kan?

      Reply
    • May 23, 2017 at 3:12 pm
      Permalink

      Kalau boleh tahu, (KD3,675) ini apa ya? Maaf, kurang maklum.

      Reply
  • May 17, 2017 at 11:41 am
    Permalink

    Adakah ini natijah dari module Sinopsis 114 Jr? ^^<

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.