Meneruskan langkah
Pentas bermula. Tabir diangkat.
Ada yang memilih untuk beraksi. Dan ada yang memilih untuk sekadar memerhati.
Begitulah pentas kehidupan dunia. Layar masa terus dan terus berlalu. Ada yang memilih untuk beramal, melakar sejarah. Dan ada yang memilih untuk melihat sejarah itu terus diulang dan diulang kembali.
Usaha berbuat kebaikan, menuntut pengorbanan yang bukannya sedikit.
Ada ketika gerak langkah itu tersusun dengan banyaknya “batu-bata” mukmin yang peduli untuk saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran sehingga terbinanya bangunan yang kukuh.
Pada ketika yang lain, satu-persatu “batu-bata” itu menyatakan hasrat untuk berundur diri. Enggan untuk bersama. Menjadikan bangunan itu mula goyang. Meskipun semua yang berundur memberikan alasan yang kukuh. Lalu persoalan demi persoalan hadir.
“Apakah patut langkah ku teruskan?”
Aku hanya bermaksud mendatangkan perbaikan sedaya-upayaku. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya daripada Allah. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya (pula) aku kembali.
Hud, 11 : 88
Dalam bertindak dan menyusun gerak langkah. Adakalanya hadir entah segala macam limiting beliefs yang menyebabkan rasa enggan meneruskan.
“Kenapa nak susah payah buat semua ni?”
Terutama bila yang diceburi itu adalah perkara baru, tiada pengalaman. Untuk meneruskan, terasa sakit.
“Kenapa saya yang kena buat semua ni?”
Kalau tidak kerana memikirkan akan tiba saatnya bakal bertemu dengan Pemilik Hari Pembalasan, mungkin telah memilih untuk turut sama mengundur diri.
Sebenarnya, tawakal itu bagaimana?
Bergantung pada dia atau Dia?
Ketika dia mengundur diri, apakah itu bermakna terputus daripada pertolongan Dia?
Tuhan, bantu aku mengenaliMu. Bantu aku untuk tawakal kepadaMu. Bantu aku untuk memahami QalamMu sehingga menjemput pertolonganMu.
Ameen. *terasa*
Amal soleh itu luas kan.
PIESly
Dan ada amal soleh lain yang harus diprioriti. Bilamana undur diri itu bukan bermakna tidak memberi sokongan.
Kan?
InsyaAllah bantuan dariNya luas.
Mengajar erti kebergantungan kepadaNya.
Thank you
Apakah beza kembali kepada Allah dan bertawakal???