Surah Al-Fajr 89 (1-30)
Hmm..agar lama juga nak diagest surah ini… kerana banyk cerita di dalamnya.. kalau mengikut Buku Sinopsis 114 saya… boleh di bahagikan kepada 5 bahagian. Tapi yang pentingnya… ayat ini di mulakan dengan “Demi” dan yang saya faham dari akal saya yang cetek ini.. Allah bersumpah!.. Ini bermakna ada sesuatu yang penting atau serious yang ingin Allah cuba sampaikan.
Dalam Al-Fajr ini 4 kali Allah bersumpah. Saya tidak mahu panjangkan hal sumpah Allah..jadi tadabbur ayat pula nanti..
Dalam Surah ini telah di bahagikan kepada 5 bahagian
- Allah Bersumpah
- Tentang kaum terdahulu
- Sikap Manusia
- Kiamat pasti berlaku
- Jiwa yang tenang punca kemenangan
Allah Bersumpah
4 kali Allah bersumpah dengan sesuatu penciptaan… yang tidak terdaya untuk manusia menaklukinya. Disini sahaja Allah menunjukkan kekuasaannya akan kejadian yang manusia sendiri tidak mampu untuk menciptakannya… Malah Allah challenge pula bagi mereka yang berakal dapatkah mereka menerimanya??
Sebenarnya secara simplenya… PERCAYA SAHAJALAH apa yang di sampaikan dan diperintahkan. Bukankah kita ini hamba yang tidakmengetahui sesuatu apapun disebalik kejadian???
Tentang kaum terdahulu
Allah juga menceritakan kisah kaum terdahulu yang membuat kerosakkan di dunia ini agar kita memperolehi panduan tidak melakukannya. Azab di turunkan apabila ia sudah melampaui batas. Malah perkara ini masih berulang sehingga kini seolah olah tiada bezanya zaman ini dengan zaman Kaum Aad dan kaum Thamud.
Sikap Manusia
Allah menegur sikap manusia yang sering memberi alasan/jawapan..seolah olah bila kebaikan itu kita telah di muliakan dan keburukan itu… Allah telah menghinaku. Allah menafikan sikap ini dan sebenarnya adalah sifat manusia itu sendiri yang tidak memuliakan anak yatim dan memberi makan kepada fakir miskin. Malah mengcampur adukan rezeki yang halal dan haram dengan memberi kecintaan kepada dunia berlebihan.
Kiamat pasti berlaku
Satu hari bumi akan di hancurkan/diratakan dan manusia akan diperlihatkan neraka Janahanam dimana tiada pilihan lagi bagi manusia untuk berbuat kebaikan. Ramai yang akan tersedar namun tiada gunanya lagi.
Jiwa yang tenang punca kemenangan.
Maka apabila jiwa merasa tentram kepada Allah Ta’ala, tenang dengan mengingat-Nya, dan bertaubat kepada-Nya, rindu untuk bertemu dengan-Nya, dan menghibur diri dengan dekat kepada-Nya, maka itulah nafsu muthma’innah (jiwa yang tenang). Itulah jiwa yang dikatakan kepadanya tatkala wafat (meninggal dunia). Di Pendekan cerita mereka ini yang taat kepada perintah Allah ketika di dunia dan meninggalkan larangannya.
Nafsu muthma’innah…..tringin nak tau psl ni….first time dgr