TOMBO HATI
TOMBO ATI
Sedih…
Kecewa…
Dikhianati…
Ditinggalkan…
Dilupakan…
Kehancuran…
Teroesir…
Sifat ini berpotensi besar mengheret seseorang ke lembah kejatuhan. Hati mereka merasakan dunia ini telah berakhir. Tiada gunanya untuk hidup kerana kehilangan sesuatu yang penting dalam hidupnya. Baginya tiada ubat, tiada penawarnya, tiada penyembuhnya, tiada segalanya…..
Hanya menanti mati….
Hanya menanti belas kasihan sesama makhluk….
Hanya berada didunianya sahaja….
Hatinya buta….
Hatinya buta….
Hatinya buta….
Sesungguhnya perkara berkait dengan hati adalah perkara yang agung dan darjatnya pun sangat mulia, sehingga Allah SWT menurunkan kata-kata suci-Nya untuk mengubatu hati, dan Dia turunkan para rasul untuk mensucikan hati, menyucikan dan memperindahnya.
Allah menuturkan,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧)
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57)
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
﴿١٦٤﴾
164. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-imran 3:164)
Ajaran rasulullah adalah ajaran yang paling agung untuk mengubati hati. Tiada cara lain untuk mengubati hati melainkan cara yang telah rasulullah tempuh dalam menghadapi ujian-ujian daripada Allah SWT.
Allah SWT sentiasa menerangi hati dan batin manusia sesuai dengan ilmunya dan keberkatannya malah Allah telah memberikan perumpamaan,
۞ اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿٣٥﴾
35. Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-nur 24:35)
Sememangnya apabila dalam kesedihan dan seangkatan dengannya akan rasa jatuh tetapi hidup perlu diteruskan. Jika masih tidak dapat bangkit dan berjuang kearah kebaikan sesungguhnya hati mereka terkunci untuk menerima kebenaran!
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا ﴿٢٤﴾
24. (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
(Muhammad 47:24)
Al-Quran itu peringatan untuk kehidupan!
Al-Quran itu pengubat hati sang sakit!
Al-Quran itu panduan ke jalan yang lurus!
Al-Quran itu rahmat hidup penggunanya!
Jika hati mereka buta melihat, memahami dan merenung kata-kata Allah. Bagaimana pula dengan melihat, memahami dan merenung Alam ciptaan Allah yang indah nian mata memandang.
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾
46. Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
(Al-Hajj 22:46)
Butanya hati….
Buta melihat kurniaan Allah semata-mata kerana makhluk…..
Buta hati…..
Buta hati memahami nikmat Allah berikan……
Buta hati…..
Hati merupakan medium yang Allah kurniakan untuk memahami dan beramal dengan ajaran yang Allah kurniakan untuk menuju kejayaan didunia dan akhirat.
Al-Quran membangkitkan pengikutnya untuk kembali jalan yang benar…
Mengajar pengikutnya bersandarkan hanya pada yang satu agar tidak dikecewa, dikhianat, dan diusir….
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
(Al-ikhlas 112:1-2)
Bersandarlah kepadaNya…..
Ikutilah ajaranNya…..
Dia mengajar Al-Quran….
عَلَّمَ الْقُرْآنَ ﴿٢﴾
2. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-rahman 55:2)
Peringatan…
Pengubat…
Pentunjuk…
Rahmat….
Untuk kehidupan…
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57)
Pasti dan pasti tidak akan dikecewakan dan sentiasa bangkit menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Allahkan ada….
Allahkan ada….
Allahkan ada….
Dia yang setia….
#tadabburtazakkur
ya btul….hati kita perlu kekuatan…kita kena kembali kpd allah…agar ketenangan yg dicr ade…