Tadabbur Tazakkur

Kunjungan teragung

“Seorang ketua organisasi, bila mana dia nak pergi bercuti tanpa meninggalkan tugas-tugasnya tak terkendali, seharusnya apa yang dia lakukan?”

-” Lantik wakil untuk ganti tugas beliau?”

“Uh-Huh..”

-“Dan yang dilantik tu kenalah tahu dan mampu buat tugas-tugas tu semua.”

Dia tersenyum. Kembali meneruskan bicara.

 

“Allah, pentadbir alam ini, yang menetapkan segala sesuatu, menetapkan hukum alam yang kita sebut sebagai ‘sains’, bila mana Dia memilih kita ni sebagai ‘wakil’ dia, sebagai khalifah di bumi ini….. Sebenarnya apa tugas kita sebagai ‘wakil’ Dia?”

-“Khalifah ye? Jawapan kat sekolah dulu, untuk memakmurkan alam haha. Gitu?”

“Maksud awak, alam ni tidak makmur, tidak damai?”

Diam. Sel-sel otak cuba untuk berhubung. Oh, bagaimana ya?

 

***

Alam ini, ada penciptanya, ada pentadbirnya. Mustahil satu karangan panjang sekadar berlaku tiba-tiba kerana ada guli-guli terjatuh di atas keyboard, lalu tertaiplah ayat demi ayat membentuk satu karangan yang indah untuk dibaca. Itu mustahil. Pasti ada penulisnya, pasti ada pemikirnya.

Perkara semudah menulis karangan, pasti diyakini adanya si penulis, apatah lagi alam yang dahsyat dan penuh keteraturan ini. Pastinya ada Dia yang Maha Menciptakan dan Maha Mentadbir.

Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, telah menetapkan bahawa jantung itu harus berirama lub dub lub dub mengikut kiraan yang tepat agar setiap sel dalam badan dapat dibekalkan dengan keperluan nutrisi dan oksigen secukupnya. Bilamana sistem ini terganggu, parah. Boleh collapse.

Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, telah menetapkan hukum fizik terkait “tenaga” yang boleh dipindahkan dan tidak boleh dimusnahkan. Andai Dia memilih untuk menukar hukum alam ini, seluruh dunia barangkali “jammed”, tidak dapat meneruskan kehidupan, hilang sumber komunikasi antarabangsa.

Alam yang Dia aturkan ini, sudah cukup lengkap tersusun. Apa lagi yang tidak cukup sehingga memerlukan muslim menjadi ‘wakil’Nya sebagai khalifah, me’makmur’kan alam ini?

Sudah cukup segala ketentuan dan ketetapan alam. Semuanya dalam aturan dan genggamanNya.

Apakah ada lagi ketentuan dan ketetapan alam yang tidak terlaksana sehingga memerlukan ‘wakil’ daripada muslim untuk melaksanakannya?

 

***

 

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan roh (jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.

Al-Qadr, 97 : 1-5

 

Bilamana seluruh alam patuh dan tunduk pada ketetapanNya. Tidak mengingkari ketentuanNya. Ada sesuatu yang turun pada malam Al-Qadr, turut membawa taqdir ketetapan.

Manusia itu, boleh dilihat 2 dimensi. Dimensi jasad dan dimensi roh. Dimensi roh itu yang memiliki nama Ahmad atau maryam. Dimensi jasad itu, hakikatnya tidak bernama. Kerana tatkala nyawa dicabut, roh terpisah, seluruh manusia menggelarkannya dengan “jenazah” atau “mayat”. Hilang terus nama yang miliknya semasa hidup. Kerana memang roh itu yang hidup, dan nama hanya diberi kepada yang hidup.

Terkait soal kadar ketetapan, dimensi jasad manusia itu punyai taqdir ketentuan alam yang telah terpatri sejak lahir. Hormon serotonin tahu, bila untuk bertindak antara sel-sel otak. Otot biceps dan triceps tahu bila seharusnya bertindak bilamana reseptor menyentuh objek panas. Neurotransmitter tahu mahu bergerak ke mana untuk mengawal emosi jasad. Bulu kening tahu, bila seharusnya ia berhenti menumbuh agar tidak menjadi sepanjang rambut. Kesemuanya telahpun disistemkan dengan Taqdirul Kauni (Ketetapan alam) yang Allah ciptakan. Taat dan patuh dengan ketetapan ketentuan Allah, harmonilah jasad itu.

Sedangkan dimensi roh manusia itu masih kehilangan. Diri roh manusia itu memerlukan ketetapan dan ketentuan dari Tuhan agar boleh ‘hidup’, sedamai dan semakmur makhluk-makhluk yang lain. Jiwa manusia itu memerlukan sistem aturan dari Sang Pencipta, agar mampu berfungsi seperti mana berfungsinya umat makhluk yang lain, yang taat kepada aturan Ilahi.

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.
Al-An’am, 6: 38

Oh, burung juga adalah umat sepertiku?

Apa beza burung dan aku?

Burung taat dengan ketentuan dan taqdir Tuhan. Aku? Apakah sistem dan ketentuan Tuhan buat manusia?

 

Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah kitab (Al-Quran) , dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk kepada siapa yang menghendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya, engkau benar-benar membimbing (manusia) ke jalan yang lurus.

Asy-Syura, 42 : 51-52

 

Diturunkan Al-Quran, sebagai satu sistem, Taqdir ketentuan buat Ruh manusia. sistem ketetapan buat ruh manusia adalah Taqdirul Syar’i, tertuang lengkap dalam Al-Quran. Al-Quran inilah yang mengisi ruh-ruh manusia agar taat kepada ketentuan syariatNya. Tanpa didikan Al-Quran, roh manusia itu kehilangan.Al-Quran, yang dinamakan Ar-Ruh, diturunkan pada malam Al-Qadr bersama para Malaikat.

Dengan itu, sempurnalah jiwa manusia, yang taat dengan ketetapan Tuhan. Baik secara jasadi mahupun secara ruh.

 

***

Kembali kepada persoalan pertama? Apakah tugas khalifah sebagai wakilNya? Apakah tugas Allah yang diwakilkan kepada manusia?

Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan
Hud : 118

Kalau Allah menghendaki, boleh sahaja Dia menciptakan umat manusia seperti makhluk lain yang sejak mula lagi, tertanam ketaatan tanpa sebarang pilihan kehidupan. Tetapi Allah memberi ruang lingkup pilihan buat jiwa manusia untuk memilih taat atau mengingkar.

Dan itulah tugasnya khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagaimana damainya alam ini apabila setiap sel dan zarah makhluk itu tertanam sistem Taqdir Alam yang taat kepada Ilahi, manusia juga akan hidup tenang tenteram apabila memilih untuk mengambil AL-Quran sebagai sistem hidup.

Wahai manusia, bersedia menerima ketetapan syariat yang tertuang dalam QalamNya? Menyambut hadirnya malaikat yang taat kepada Allah di rumah-rumahmu dalam keadaan hati yang lapang menghidupkan malam dengan membesarkanNya.

Malam Al-Qadr, kehadiranmu diburu. Menjemput tetamu teragung daripada kalangan malaikat. Menyambut ulangtahun diturunkan Al-Quran ke langit bumi, mengisi roh manusia yang dahagakan Qalam Tuhan.

 

***

Al-Quran, apa posisinya di hatimu?

8 thoughts on “Kunjungan teragung

  • Wan Maslukma

    Waa,, k.ayat, jazakilla kher. Tpi, kenapa saya tak faham soalan di atas (berkaitan khalifah) dan (part bawah) tujuan diturunkan al-quran untuk mengisi ruh? Boleh explain?

    Reply
    • Ayat Ibrahim

      Wan dear. Nak faham tajuk ni, mungkin kena baca artikel sebelum ini :

      http://tadabburmadeeasy.com/2017/03/10/sedamai-alam/

      sumber asal sebenarnya rasmul bayan mengenai tajuk sunnatullah. Alam ini, ada qadarnya. Ada takdir ketetapannya. Misalnya setiap sel, bila akan dimatikan (apoptosis). Berputarnya bumi dan etc. Semuanya ada ketetapan yg diatur Allah Yang Maha Mentadbir. Semuanya automatik taat kepada Allah.

      Tetapi, ada satu makhluk yang tak automatik. Dia manual.

      Diri jasad itu patuh kepada ketetapan Tuhan. Still automatik. Kita lihat jantung berdegup ikut ritma ketetapan Tuhan. Setiap hormon, taat berfungsi menjalankan tugas. Itu ketetapan alam. Itu ketetapan diri jasad manusia.

      Tetapi, diri roh itu, ketetapannya adalah berbentuk syariat Islam yang tertuang dalam Al-Quran. Dan, ini bersifat manual. Kena ambil ketetapan ini dari Al-Quran. Dan itulah tugas khalifah, bantu install alquran dalam ruh manusia. Dalam jiwa manusia. Agar ruh itu memilih untuk taat dan tunduk selari dengan Al-Quran.

      Dan Al-Quran, sarat dengan Taqdir Syar’i. Ketetapan syariat, diturunkan pada malam Al-Qadr. Malam yang ditetapkan segala urusan.

      Dengan itu, sempurnalah jiwa manusia, yang taat dengan ketetapan Tuhan. Baik secara jasadi mahupun secara ruh.

      Reply
      • Wan Maslukma

        Okay alhmdulillah sekarang dah faham. Maksudnya, tugas khalifah itu adalah install al-quran dalam ruh diri sendiri, dan bantu orang lain install quran dalam ruh diri dia.

        Jazakilla kher!

        Reply
      • Ayat Ibrahim

        Allah Maha Menciptakan, Maha Mengurus dan Mentadbir alam ini. Boleh sahaja seluruh makhluk ni, Dia dah siap-siap install taqdir sunnatullah yang semuanya taat.

        Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.
        Al-An’am, 6: 38

        Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan
        Hud : 118

        Allah melantik orang yang beriman menjadi khalifah, wakilNya untuk membawa manusia kembali patuh tunduk pdNya. Caranya, install Al-Quran ke dalam diri manusia. Jadilah manusia hamba yang taat, setaat umat burung dan haiwan melata.

        Reply
      • Jazakallah.
        Saya pun terfikir soalan yg sama.terjawab sudah,alhamdulillah

        Reply
        • Ayat Ibrahim

          Ini petanda entri di atas perlu diedit.
          Maaf ya.
          Terima kasih para editor

          Reply
  • Aiman La Yubali

    Tq kak ayat….ruh dan jasad…..ruh tu manual ea…

    Reply
  • Ayat Ibrahim

    Aiman.. “manual” tu bahasa cipta sendiri nak bagi faham .

    Sebenarnya nak cakap tentang surah Asy-Syams yang jiwa itu punyai pilihan. Automatik, takde pilihan. Manual, boleh pilih2.
    So, nak pilih ape?
    Nak pilih Quran (14:1) , atau syaitan (14:22), atau nafsu sendiri (25: 43), atau ideologi/pendapat orang lain (6:116)

    Haa.. pilih-pilih..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.