Tadabbur Tazakkur

Tembok Satu Barisan

Tembok Satu Barisan

Tembok besar China telah dibina ketika penguasaan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar China telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok yang sedia ada pada Zaman peperangan. Tembok Besar asal ini terletak diutara dari Tembok Besar yang masih wujud pada hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara pada hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok ini telah musnah.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’.

Tembok Besar terkini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Wah!! Hebatnya tembok besar China!! Panjang!! Kukuh!! Dan masih kekal hingga ke hari ini.

Bagaimana kalau sewaktu itu tembok itu tidak dibina? Semestinya negara China sekarang tiada dan hanya tinggal namanya sahaja kerana tidak kukuh dan ditawan musuh.

Berdasarkan cerita diatas, tembok ini bergabung sehingga ia menjadi satu barisan dimana ia lebih selamat dan kukuh serta tidak “lut” apabila diserang musuh.

Selain itu, rakyat negara itu taat akan perintah rajanya dalam membina tembok tersebut sehingga ada ramai yang mati demi mempertahankan negara mereka.

Wah! Sungguh hebat pendirian rakyat, pemerintahan dan negara itu sendiri. Kalaulah umat islam sekarang begini, mesti islam yang menguasai dunia. Bukan mudah hendak menguasai dunia.

Kekuatan satu barisan untuk mempertahankan agamanya perlulah dibina didalam diri umat islam bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi intelek, emosi dan spiritual.

Tembok China juga menjadi lambang cinta rakyatnya terhadap negaranya. Bayangkan jika umat islam sekarang mencontohi dan mengikut seperti lambang cinta terhadap agamanya. Semestinya perjuangan mereka diaksihi oleh orang zaman akan datang malah yang teragung sekali adalah Allah SWT telah berfirman;

 

 

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّۭا كَأَنَّهُم بُنْيَٰنٌۭ مَّرْصُوصٌۭ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

(As-Saff 61:4)

 

 

Allah yang agung cintaNya akan di taburkan kepada pejuang-pejuang yang berperang dalam membela agamaNya.

Cop!!

Dengan syarat mestilah berada dalam keadaan barisan yang teratur rapi seperti tembok besar China yang kukuh itu.

Barisan ini tidak bermakna membuat barisan tetapi kesatuan dan perpaduan malah sehati sejiwa dalam memperjuangkan agama yang tercinta.

Apabila nilai satu barisan ini dipupuk semestinya sifat yang negatif hapus dalam diri mereka seperti

 

DUSTA!!

INGKAR!!

ANGKUH!!

SELEWENG!!

ZALIM!!

 

Binalah satu barisan wahai saudara saudari sekalian, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan jika kita mematuhi syarat satu barisan ini.

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوٓا۟ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّۦنَ مَنْ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۖ قَالَ ٱلْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ ۖ فَـَٔامَنَت طَّآئِفَةٌۭ مِّنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٌۭ ۖ فَأَيَّدْنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا۟ ظَٰهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

(As-Saff 61:14)

 

#tadabburtazakkur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.