Pengkhianat

Pengkhianat

 

‘Macam ini dia buat pada aku! Selama ini aku yang menolong engkau. Engkau susah, Engkau cari aku! Tiba waktu aku pula, engkau hilang! Bukan setakat hilang tapi engkau tinggalkan najis pada aku!’

 

‘Ewah!! Ini lah manusia bila senang dia lupa siapa yang bantu dia. Bagaikan kacang lupakan kulit!! Bukan sekadar kacang!! Api dalam sekam!! Gunting dalam lipatan!! Musuh dalam lipatan!! Semua engkaulah!!’

 

Situasi Azrol yang dikhianati rakannya Saiful,  membuatkan dirinya rasa seperti jantung di tikam bertubi-tubi. Sungguh perit dan sakit apabila kebaikan yang disalurkan tidak dikenang malah meninggalkan najis diwajah.

 

Sememangnya yang tinggal adalah keburukan dan kehinaan disebabkan pengkhianatan seorang manusia.

 

Naik titi berhati-hati,

Ada hati nak cik siti,

Bagaimana pula jika anda dikhianati?

Semestinya terasa sakit hati.

 

Pertolongan yang diberikan oleh orang lain sememangnya perlulah dihargai kerana mereka berkorban masa, tenaga dan wang untuk kebaikan bersama tetapi…

 

Bagaimana pula dengan pertolongan Illahi?

Adakah nilai ia sama seperti pertolongan manusia?

Apakah penghargaan perlu diberikan kepada Illahi?

Adakah sama nilai penghargaan yang diberikan?

Tetapi…

Bagaimana pula jika Allah dikhianati?

Sedangkan apa yang telah Allah berikan itu ternyata tidak terkira.

 

Dia yang menciptakan kamu!

Dia yang memberikan perlindungan kepada mu!

Dia yang menghidupkan mu!

Dia yang mengaturkan segalanya untuk mu!

Dia yang kurniakan rezeki kepada mu!

Dia yang memberikan udara untuk mu!

Dia yang memberikan air untuk mu!

Dia yang memberikan jasad untuk mu!

Dia yang memberikan nikmat ibubapa untuk mu!

 

Apakah perasaan Allah jika kamu mengkhianati Nya?

Ternyata pertolongan yang dia berikan tidak sama seperti manusia malah ia nya tidak terkira nilainya jika dibandingkan dengan perkara yang lain.

 

وَٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةًۭ لَّعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

(Surah Yaasin 36:74)

 

Perkataan ‘tergamak/ yang dinyatakan pada ayat diatas menunjukkan nilai emosi pada ayat ini tinggi kerana ia menunjukkan betapa kecewa dan sedihnya Allah SWT apabila hambaNya beralih dalam mengharapkan pertolongan kepada tuhan yang lain sedangkan Allah adalah tuhan yang satu.

 

Sedih dan kecewa itu bukan sahaja sekadar pada kurniaan yang Allah berikan malah jika kita sebagai hamba semestinya akan terjumpa peringatan kepada Allah agar tidak menyambah tuhan-tuhan yang lain. Antaranya ialah,

 

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًۭا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًۭا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

(Al-Baqarah 2:83)

 

وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًۭٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًۭا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًۭا فَخُورًا

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

(An-Nisa 4:36)

 

قُلْ تَعَالَوْا۟ أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًۭٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًۭا ۖ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُم مِّنْ إِمْلَٰقٍۢ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا۟ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

(Al-An’am 6:151)

 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّۢ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًۭا كَرِيمًۭا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Al-Isra’ 17:23)

 

وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌۭ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

(Luqman 31:13)

 

Tidakkah sedar bahawa Allah telah memberikan peringatan agar tidak mengkhianati Dia dengan menyambah tuhan yang lain. Ini telah menunjukkan bahawa Ar-Rahman dan Ar-Rahim diberikan kepada hambaNya.

 

Kasih dan sayang yang diberikan Allah SWT itu sangat tinggi malah kenyataannya tidak terkira nilainya. Sesungguhnya berat balasan yang Allah akan berikan kepada pengkhianat-pengkhianatnya.

 

خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۭ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌۭ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

(Al-Baqarah 2:7)

 

Sememangnya takut jika dikenakan azab dan balasan yang Allah kenakan tetapi fahamilah kasih sayang Allah kepada hambaNya agar tidak terjerumus akan siksaanNya. Sesungguhnya Allah itu Al-Adlu. Dia kenakan azab terhadap yang melakukannya dan sebelum itu diberikan peringatan agar jauhkan diri daripada azab tersebut.

 

Ya Allah..

 

Ampunilah hambaMu ini..

Engkau kukuhkan hatiku ini dalam mengharapkan segala-galanya kepada Mu..

Engkau kuatkanlah tauhid ku kepada Mu..

Ya Matiin..

Ya Qawwiy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.