Durhaka

Durhaka

Anak yang berada dalam kandungan memerlukan sekitar 40 minggu untuk dilahirkan oleh seorang insan yang digelar sebagai ibu. Seorang ibu perlu membawa rahimnya kemana-mana sahaja tidak kira waktu dan tempat. Itu adalah lumrah kejadian manusia yang telah Allah SWT ciptakan. Bebanan yang ditanggung oleh seorang ibu itu amatlah berat. Ia boleh diibaratkan menyangkutkan beban (contoh isikan pasir didalam beg sekitar 3Kg) selama 40 minggu. Tampak ringan tetapi badan akan mulakan merasa 3Kg itu berat yang amat. Kalau tidak percaya cubalah. Kalau tidak mahu mencuba pun ‘hang’ tanya la mak sendiri, berat ke tidak 3Kg selama 40 minggu itu.

 

Setelah dilahirkan anak dalam kandungan itu, beban yang baru hadir iaitu menjaga bayi itu dengan rapi. Ibu yang baru pertama kali lahirkan anak bukan tahu pun apa yang anak itu mahukan apabila dia menangis.

 

Bayi itu lapar ke?

Bayi itu gatal ke?

Bayi itu nak buang air ke?

Bayi itu nak bermanja ke?

Bayi itu nak tidur ke?

 

Apa yang bayi itu tahu hanyalah menangis, menangis, menangis dan menangis. Pergh! Macam inilah gayanya bukan senang nak jaga bayi. Kena cuba satu per satu apa yang dia nak kan.

 

Bagi makan menangis..

Dodoikan menangis..

Sapu ubat cap yuyi, menangis..

Menyusukan tidak menangis..

 

Nasib baik betul, cuba kalau macam-macam dah buat. Mak ai! Sakit pinggang dibuatnya.

Bukan mudah nak jaga bayi.

 

Seterusnya apabila bayi itu menjadi kanak-kanak, sekitar dalam umur 4-12 tahun. Macam-macam ‘Fe’el’ lah pulak bila time umur macam ini.

Nak itu lah, nak ini lah, biasalah itu. Mulut sudah berbicara tambahan pula ‘skill’ waktu dia bayi masih diguna pakai.

 

‘Skill’ apa pula ini?

 

Apa lagi! Menangislah!

 

Menangis je dapatlah apa yang si anak itu hendakkan. Mana mak ayah tak cair bila anak menangis. Tidak menangis pun mungkin mak ayah tidak larat hendak dengar nada suara anak yang ber ‘frequency’ tinggi tu.

 

Apabila meningkat remaja dalam lingkungan 13-20 tahun, lain pula ceritanya. Anak-anak ini mulalah nak ikut apa yang ada disekeliling dia. Bak kata anak-anak zaman sekarang, “KITA KENALAH IKUT TREND ZAMAN SEKARANG.” Wah! Memang mak ayah kena kerja kuatlah. Zaman sekarang ini, perkara atau benda pertama yang wajib ada pada tangan anak remaja adalah ‘Phone’. Paling canggih mestilah iPhone 7, paling cikai pun OPPO R11. harganya pun adalah dalam RM15xx.xx . Itu baru ‘phone’ tak masuk pasal belajar dan lain-lain. Uish!! Buakn senang nak jaga anak zaman sekarang ini tapi tidak apa, demi anak segala yang terbaik untuk anak perlulah diberikan asalkan anak-anak boleh berjaya dan menjadi anak yang soleh atau solehah.

 

Bagaimana kalau anak-anak tidak berjaya?

 

Bagaimana kalau anak-anak ini suka melawan?

 

Bagaimana kalau anak-anak ini…………..

 

Adakah pengorbanan yang dilakukan selama ini berbaloi?

 

Letih atau tidak?

 

Apa perasaan?

 

Bagaimana pula anda dengan tuhan, ALLAH SWT??

 

أَوَلَمْ يَرَ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن نُّطْفَةٍۢ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌۭ مُّبِينٌۭ

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

(Yasiin 36:77)

 

Berdasarkan ayat di atas, Allah bertanya. Sejak awal lagi Allah mengatur kejadian anda, tak seperti ibu. Dia bermula dari berlakunya janin didalam rahim. Allah punya aturan atau jagaan lebih awal dan lebih lama berbanding jagaan anak-anak oleh seorang ibu atau bapa. Bukan manusia ini seorang sahaja malah berjuta-juta manusia yang Allah jaga dan Allah aturkan kehidupan mereka. Apa yang kita mahukan dam perlukan segalanya Allah telah sediakan cuma perlu usaha sedikit untuk dapatkannya. Sama seperti bayi mahukan susu, bayi itu berusaha melalui tangisan maka dapatlah susu tersebut.

 

Allah sempurnakan kejadian manusia dan tenaga kekuatannya! Tidak ke sama seperti ibu bapa memberikan segala keperluan untuk anak-anak. Apabila sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri dan gagah untuk berdikari serta mempunyai pemikiran yang genius sampaikan boleh melawan segala perintah dan kekuasaan Allah SWT. Sama juga seperti anak-anak, apabila sudah merasakan diri itu hebat,mereka mula membantah dan berpaling daripada perkara yang sepatutnya.

 

*Sharing info:

Menurut Stanley Hall ( Bapak Psikologi Remaja )

Masa remaja adalah masa kelahiran baru yang di tanda dengan gejala yang menonjol, iaitu: perubahan pada seluruh keperibadian dengan cepat, perubahan pada segi biologi, mula berfungsinya kelenjar kelamin dan sikap sosial yang eksplosif dan bergelora.

 

Apabila berlakunya pembantahan anak-anak, apakah perasaan anda?

Sakitnya yang amat sehingga mengalirnya ‘air mata darah’.

Kalau merasakan begitu, bagaimana pula pencipta?

Benar bahawa Allah maha segala-galanya tetapi jika sayangi diri sendiri, sayangilah pencipta.

 

Dialah yang mencipta,

Dialah yang melindungi,

Dialah yang menjaga,

Dialah yang mendidik,

Dialah yang segala-galanya buat ciptaannya.

 

Sayangi Allah maka diri juga akan disayangi.

 

Pilihlah jalan yang benar untuk kebaikan diri didunia dan akhirat.

 

Sayangilah pemikiran yang Allah berikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.