Tadabbur Tazakkur

Rahsia Ummul Quran

Rahsia Ummul Quran

Penulisan ini tercetus apabila seorang muslimah yang solehah memohon perkongsian tentang Ummul Quran dalam bentuk penulisan yang ringkas agar mudah untuk beliau memahami surah yang dibaca oleh umat islam pada setiap hari.
Semoga beliau jatuh cinta dengan Al-Quran.
Aamiin.

وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ ﴿٨٧﴾؅
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
(Surah Al-Hijr 15:87)

 

Kata akar الْمَثَانِي adalah اثنان yang bermaksud dua.

Apabila Di tadabbur(memahami)kata akar ini, dua juga bermaksud berpasangan.

Berdasarkan ayat diatas ini bermaksud 7 ayat( Al-fatihah) mempunyai pasangan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pasangan itu?

Biodata Al-Fatihah:
Status: Makkiyyah
Jumlah ayat: 7
Jumlah kalimah: 25
Jumlah huruf: 123
Surah sebelum: tiada
Turutn penurunan: 5
Turun selepas surah: Al-Muddathir
Muka surat mashaf Surah: 1
Jumlah halaman: 1
Juzuk Mashaf: 1

Al-fatihah digelar sebagai Ummul Quran (hadis bukhari) bahkan mempunyai lebih dari 10 nama menurut al-Biqaie.

Pasangan pertama:
Al-fatihah menggambarkan pembukaan Al-quran. Ini bermaksud tanpa Al-fatihah surah yang lain kabur atau erti kata lain surah Al-fatihah diibaratkan cermin mata. Surah lain tidak akan jelas tanpanya. Cuba fikir mengapa dalam solat surah al-fatihah dimulakan dahulu baru surah yang lain. Surah Al- Fatihah adalah kunci untuk surah yang lain. 113 surah yang lain juga merupakan jawapan doa(ayat 6) dalam surah Al-fatihah.

*Al-fatihah dan 113 Surah adalah pasangan.

 

Pasangan kedua:
Al-fatihah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1)Allah (ayat 1-4)
2)Ibadah (ayat 5)
3)Sirah / jalan (ayat 6-7)

Bahagian 1 ialah Allah dimana ayat ini hanya menyebut tentang Allah. Sila memahami 4 ayat ini.
Apabila ia menyebut nama Allah. Allah ialah pengajar Al-Quran! (Surah Ar-Rahman 55:2)
Erti kata lain ayat ini berbentuk ilmu.

Bahagian 2 ialah berbentuk ibadah kerana ia menunujukkan kita sebagai hamba sembah dan minta pertolongan Allah atau ia juga boleh disinonimkan sebagai amal / amalan.

Bahagian 3 ialah Sirah/jalan dimana kita sebagai hamba meminta jalan yang lurus(ayat 6). Allah berikan 3 jenis jalan iaitu:

Jalan nikmat
Jalan dimurkai
Jalan sesat

Sayangnya Allah kepada hambanya Dia menegaskan jalan kedua dan ketiga itu bermula dengan bukan jalan!! Sila memahami ‘pattern’ ayat ini.

Setelah anda memahami 3 bahagian ini, cuba susun semula 3 bahagia ini:

Allah~Ilmu
Ibadah~Amal
Sirah~Jalan

Apakah kaitan 3 bahagian ini?

Formula surah Al-Fatihah:

Ada ilmu + ada Amal = Jalan nikmat

Ada ilmu + tiada amal = Jalan dimurkai

Tiada ilmu + *ada amal = Jalan sesat

(*amalan mana dia pakai kalau tiada ilmu?)

*ilmu dan amal adalah pasangan didalam surah Al-Fatihah.

 

Pasangan ketiga:

Hadis:

Imam muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Allah telah berfirman:

“Aku membahagikan al-shalat (al-fatihah) menjadi dua bahagian iaitu untuk diri-Ku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

Jika seorang hamba mengucapkan “Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen(Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)”, maka Allah telah berfirman, “Hamba-Ku telah memuji-Ku”,

Ketika hamba tersebut mengucapkan “Alrrahmani alrraheem(Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)” Allah SWT berfirman, “Hamba-Ku telah menyanjung-Ku.”

Ketika hamba tersebut mengucapkan “Maliki yawmi alddeen(Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).” Allah berfirman “Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.”

Ketika ia mengucapkan “Iyyaka naAAbudu waiyyaka nastaAAeen(Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.)”, Allah berfirman “Ini antara-Ku dan hamba-Ku, bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

Ketika ia mengucapkan “Ihdina alssirata almustaqeem, Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen (Tunjukilah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat)”, Allah berfirman, “Ini untuk hamba-Ku, bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

*pasangan ketiga ialah Allah dan hambaNya.

 

Ya Allah, Satukan hati kami dengan Al-Quran

#tadabburtazakkur

 

 

*Bagaimana untuk berinteraksi dengan Al-Quran?

Pm saya kerana saya pun belajar dari orang lain.

Pm juga untuk detail.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.