Tadabbur Tazakkur

The Mukmin Apprentice

Kedua-dua tangannya digenggam sambil mata memandang tepat ke hadapan. Di benak fikirannya, berlegar-legar agenda yang akan dibincangkan. Matanya melirik ke jam dinding, lagi 30 minit mesyuarat akan berlangsung. Pengerusi Gerakan Orang-orang Beriman itu tekad mengadakan mesyuarat tergempar bagi menangani isu negara yang semakin parah.

Beberapa minit kemudian, 3 ahli mesyuarat hadir dan pertemuan penting petang itu terus bermula.

“Kita perlu berbuat sesuatu. Semakin ramai ahli masyarakat yang sekadar selesa menjadi Muslim. Enggan menjadi Mukmin. Rasa tidak apa untuk tidak menjadi orang-orang beriman.”

Orang-orang Arab berkata “Kami telah beriman”. Katakanlah (kepada mereka) “Kamu belum beriman, tetapi ucaplah “Kami telah tunduk (Islam),’ kerana iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan rasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.” Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenar adalah mereka yang beriman kepada Allah dan rasul, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

Al-Hujuraat, 49 : 14-15

“Pedoman surah Al-Hujuraat ini banyak mengajar kita. Betapa ramai muslim yang ragu-ragu terhadap agamanya sendiri. Tahu Allah suruh buat ini, tapi masih tak nak buat. Tahu Allah larang, tapi sipi-sipi je menjauhinya. Tahu Akhirat tu pasti, tapi kehidupan setiap hari yang berlalu seolah-olah akhirat tu tiada dan tak perlukan persiapan. Tak ready langsung. Ini semua tanda peribadi yang ragu-ragu.”

 

–  “Betul tu. Fenomena ini sangat teruk. Kalau pelajar Universiti tak bayar yuran sem, dia cuma tersingkir daripada menjadi calon peperiksaan hujung semester. Kalau seseorang tu tak berprestasi dalam kerjayanya, dia cuma tersingkir daripada menjadi calon penerima bonus besar dari syarikat pada hujung tahun. Tapi, kalau seorang muslim itu tak jadi orang beriman, dia tersingkir daripada menjadi calon syurga! Ni tragedi paling teruk!”

“Baik, ada cadangan apa yang boleh dilakukan?”

– “Saya cadangkan, kita buat satu program untuk melatih orang-orang islam yang belum beriman lagi. Kita anjurkannya untuk semua masyarakat.”

“Wah. Idea menarik. Saya nak namakannya The Mukmin Apprentice, ok? Kita mulakan dengan menetapkan peserta sasaran.”

– “Ya, penting untuk maklumkan mereka kriteria-kriteria untuk menyertai program ni. Mereka perlukan maklumat yang jelas untuk beroleh kesedaran akan siapakah sebenarnya golongan yang ada isu dengan imannya itu.”

“Baik, masing-masing sila buka Al-Kitab, kita senaraikan satu-persatu.”

Tuan Pengerusi lantas mencapai tabletnya dan memancarkan hasil dapatan perbincangan.

 

Ciri-ciri peserta sasaran The Mukmin Apprentice

1) Tidak khusyu’ solatnya [23 : 2 ]

2) Terlibat dalam perbuatan dan percakapan yang tidak berguna [23 : 3]

3)Tidak menunaikan zakat [23 : 4]

4)Tidak menjaga kemaluannya [23 : 5-7]

5)Tidak menjaga amanah dan janji [23 : 8]

6) Tidak memelihara solatnya [23 : 8]

 

“Enam sahaja ke kriteria yang kita nak dimasukkan.”

– “Cadangan saya, kita fokuskan ini sahaja dahulu berteraskan surah Al-Mukminun. Lepas ni kalau ada penambahan dari surah lain, kita perbaiki untuk projek sesi berikutnya.”

“Baik, selesai satu segmen. Seterusnya, mereka kena tahu dahulu BIG WHY mereka kena hadir ke program ini. Apa kesan yang mereka akan dapat selepas mengikuti program kita ini.”

Selang beberapa minit, terpapar di skrin hadapan beberapa cadangan impak yang diajukan bagi menarik minat peserta hadir.

Apa yang akan saya dapat kalau saya ikut The Mukmin Apprentice?

1) Menjadi calon yang mewarisi syurga Firdaus [23 : 10-11]

2) Menjadi hamba yang MAHU memahami dan mempelajari kata-kata Tuhan (Al-Quran) sepanjang hidup, sehingga tidak dibakar wajahnya dengan bibir yang cacat di neraka [23 : 104-105]

3) Menjadi hamba yang berat timbangan amalan kebaikannya di akhirat [23 : 102]

4) Tidak menjadi hamba yang ringan timbangan amalannya sehingga dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya [23 : 103]

 

“Eh, maaf saya nak tanya sikit. Apa maksud ayat ke-103 ni? Maknanya kalau seseorang itu hidup dia ‘kosong’, takdelah buat dosa. Tapi takdelah banyak buat banyak amal kebaikan. Itu pun boleh jadi calon neraka selama-lamanya?”

– “Hmmm, menarik soalan awak tu. Takpe, lepas ni team R & D module kena rungkai persoalan ini. Kita boleh panggil pakar Al-Quran juga untuk membantu kita memahami tentang ini sebelum kita lancarkan program ini.

“Baik, kita teruskan. Ada lagi ke yang nak tambah?”

 

(Sambungan )

5)Tidak menjadi orang yang menyesal di akhirat dengan mengatakan “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), Agar aku dapat berbuat kebaikan yang telah aku tinggalkan.” [23 : 99-100]

6) Tidak menjadi orang yang menyesal dan merasakan hidup di dunia hanya sehari atau setengah hari [23 : 111-112]

 

“Cukup dengan 6 ini sahaja dahulu tentang BIG WHY kenapa mereka kena ikut programkita.”

– “Ya. Mungkin kita boleh teruskan dengan perbincangan unique selling points kita. Maksud saya, apa kaedah yang akan kita gunakan untuk memastikan objektif tadi semua tercapai?”

Segmen ke-3 diteruskan .

Bagaimana kami melakukannya

1) Mendidik rasa khusyu’ dengan kemahiran tafakkur, memikirkan tanda-tanda kekuasaan Tuhan [ 23 :12 – 22]

2) Mendidik menjadi peribadi yang menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.

 

“Boleh kita bincangkan sebentar tentang point nombor 2 ni?”

-“Ya, saya pun terfikir perkara yang sama. “

“Kita lihat corak percakapan yang sama pada ketiga-tiga kaum yang dibinasakan Allah dalam 23 : 23-49 iaitu kaum Nabi Nuh, kaum ‘Ad dan Firaun. Ketiga-tiga mereka berkata-kata bahawa buat apa nak ikut seorang manusia (rasul) lalu mereka mendustakan apa yang dibawa Rasul.”

– “Apa kaitannya dengan kita?”

“Seandainya seorang muslim itu turut berfikiran yang sama. Menganggap apa yang dibawa Rasul sesuatu yang tak penting dan tak perlu difahami sehingga tak rasa bersalah pun kalau tak baca dan faham Quran dalam sebulan. Rasa-rasanya sama tak perbuatan tu dengan apa yang dibuat kaum Nabi Nuh, kaum Nabi ‘Ad dan Firaun?”

– “Errr… macam sama je. Walaupun tak nampak secara direct. Tapi sikap manusia yang enggan peduli mempelajari apa yang dibawa Rasul, berbulan-bulan tak belajar Quran, samalah dengan apa yang kaum terdahulu buat kepada rasul-rasul mereka.”

“Ada kaitan tak dengan bergelumang dengan perbuatan dan perkataan yang tidak bermanfaat mengikut piawai wahyu?”

– “Hmm, kalau tak tahu apa yang Tuhan cakap dalam Quran, macam mana nak tahu hidup ini kita diciptakan untuk apa? Ada risiko suka nak berehat-rehat dan berseronok je jadinya.”

“Nanti p.i.c  modul, perhalusi tentang ini ya. Kita nak teruskan dengan kandungan seterusnya sebab dah nak masuk Asar ni.”

(sambungan )

Bagaimana kami melakukannya

1) Mendidik rasa khusyu’ dengan kemahiran tafakkur, memikirkan tanda-tanda kekuasaan Tuhan [ 23 :12 – 22]

2) Mendidik menjadi peribadi yang menjauhi perbuatan dan perkataan yang tidak berguna dengan tidak mendustakan Rasul dan apa yang dibawanya

3) Mengurus emosi dalam urusan memberi

– Mendidik rasa takut setiap kali memberi kerana dipasakkan iman akan kembali kepada Tuhan [23 : 60]

– Mendidik rasa takut seandainya ditimpakan siksaan terhadap orang yang hidup mewah [23 : 63-65]

4) Melatih kemahiran untuk tidak larut dan ikut nafsu keinginan [23 : 71]

5) Melatih kesedaran tentang kehadiran syaitan dan berlindung daripadanya [23 :97-98]

 

Tepat jam 4.30pm, azan daripada corong masjid berdekatan kedengaran. Setiausaha memberikan signal kepada tuan pengerusi.

“InsyaAllah kita berhenti untuk solat Asar dahulu. Selepas ni kita akan sambung sikit sahaja lagi untuk perincian tugasan setiap biro.”

3 thoughts on “The Mukmin Apprentice

  • Wan Maslukma

    Nak ikut jugak group ni lepas asar nanti boleh?

    Reply
    • Wah, dengan ini saya melantik anda menjadi pengarah program. I assist you (^_^)

      Reply
  • Aiman La Yubali

    Menarik..perjalanan cerita…ceritakan ayat quran dlm bentuk cerita….😻

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.