Tadabbur Tazakkur

Anekdot #SavingFamilies

JANGAN MARAH-MARAH

Majlis yang seharusnya gembira bertukar tegang. Satu bekas air tertumpah akibat dilanggar seorang kanak-kanak 11 tahun, membasahi karpet biru. Ayahnya yang terlihat malu tidak semena-mena memarahinya di khalayak ramai.

Kesemua tetamu senyap terdiam serta-merta.

“Man, takpelah. Karpet tu boleh dibasuh nanti,” tuan rumah memujuk si ayah.

Muka anaknya sudah merah menahan tangis.

“Budak ni tak guna mata kah berjalan sampai boleh tumpahkan air!” Si ayah mengurut dada menahan marah.

“Ya, kau rasa bersalah sebab anak kau dah basahkan karpet.”

-“Ye lah. Malulah. Anak orang lain takda buat hal.”

“Aish… kalau anak tak buat hal, tak normal tu. Kena pergi jumpa doktor,” tuan rumah berseloroh.

“Lagipun karpet tu memang nak kena basuh pun. Usah risau ya.” Tuan rumah mempelawa si ayah meneruskan juadah makanan sebelum mendekati kanak-kanak yang kaku berdiri memandang ke bawah.

“Terima kasih sebab tumpahkan air tu. Faizal dah tolong pakcik sebenarnya.”

-“Eh, kenapa?” Kanak-kanak itu kehairanan.

“Ramai kat sini sakit kencing manis tak boleh minum yang bergula. Tapi pakcik tak sampai hati nak hidang air kosong. Disebabkan air manis tadi dah tertumpah, pakcik dah ada alasan untuk hidang air kosong untuk semua.”

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara pasangan kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

At-Taghabun, 64 : 14

😉 psst, dalam hidup berkeluarga, mahu membenarkan ayat ke14 surah at-taghabun atau mendustakannya?

 

***

 

ALAMAK, TERTINGGAL SATU KOMPONEN!

Najwa berjalan sambil berfikir-fikir ‘Aish… apa nak jawab bila jumpa dia nanti ni.’ Handphone baru hadiah temannya sebulan yang lalu masih belum dipakai.
‘Sebelum dia tanya, baik ngaku dulu.’

“Assalamualaikum Dian”

-“Waalaikumsalam.”

“Aku nak bagitau kau satu rahsia ni dulu.”

-“Hah?”

“Aku tak tukar lagi simcard jadi micro sim. Maka, aku belum guna handphone yang kau hadiahkan,” Najwa membalas sambil tersengih-sengih.

-“Laa… penat aku beli mahal-mahal.” Dian mencebik muka.

“Takde masa lah weih…”

-“Its ok. Nampak tu, barang mahal-mahal, takde simcard tiada maknanya. Macam manusia, dapat banyak nikmat melimpah-ruah, tapi tiada satu rahmat terbesar ni, tiada makna juga.”

“Eh, ke situ pulak.”

-“Kau tahu, perkahwinan yang indah, harta yang banyak, anak yang ramai, semua jadi tak berfungsi, atau bahkan jadi seakan-akan azab. Sebab satu ni tiada dalam diri dia.”

“Apa?”

-“Tu kau kena cari jawapan. Apa yang pertama sekali disebut dalam surah Ar-Rahman? Rahmat terbesar.”

“Main teka-teki pula. Bagitau je lah.”

-“Quran lah.”

“Eh?”

-“Contoh ya. Perkahwinan tu kita nampak sesuatu yang indah kan? Tapi kalau pasangan suami/isteri, tiada 1 ayat Quran dalam surah At-Taghabun, boleh hancur rumahtangga.”

“Eh, satu je dah boleh hancur?”

-“Misalnya, mendustakan ayat ke-16. Tentang infaq. Allah dah bagi tenaga, tak nak infaq tolong kemas rumah. Allah dah bagi gaji, punyelah bakhil nak bagi nafkah.”

“Haahlah. Tu baru mendustakan satu ayat. Belum lagi ayat-ayat lain.”

-“Tu lah… hati-hati pilih calon pasangan hidup.”

“Aku dah tahu dah nak kahwin dengan siapa!”

-“Ha?”

“Aku nak kahwin dengan lelaki yang tak mendustakan surah At-Taghabun hihihi….”

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ ۗ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan berinfaqlah (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

At-Taghabun, 64 : 16

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.