Tak semua hukum, belajar di sekolah

“Eh, tolong cari jawapan untuk soalan forum esok ni,” dia bertanyaku.

Aku langsung membelek telefon pintarnya, meneliti soalan-soalan yang bakal diajukan keesokan hari.

‘Berikan perspektif Islam dalam menghadapi isu pornografi.’

Terdiam seketika. Nak jawab dari perspektif mana? Memang kalimah pornografi tidak wujud dalam Al-Quran tetapi konsepnya fahsya’ فَحْشَآء  kerap kali muncul dalam Quran.

Boleh ke tak sebenarnya?

“Alaa.. sikit je..tak salah.”

Main ‘Tarik tali’ dengan syaitan ini sebenarnya menjerumuskan manusia ke kancah kemaksiatan tanpa sedar. Bermula dengan hukum hakam yang nampak kelabu, tidak jelas hitam putihnya.

“Eh, ye ke tak jelas?”

Umpama isu-isu coupling, teman-tapi-mesra dan konon ‘study group’ , semuanya dilihatkan sebagai kelabu. Tiada yang berani mengatakan terang terangan, ini HARAM. Lalu sering diperingatkan ayat tentang zina. Bukan setakat zina itu ditegah. Bahkan mendekati zina itu sendiri ditegah.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat

Al-Isra’, 17 : 32

Rasanya entah dah berkali-kali diseru, diberi peringatan, untuk jangan dekati. Tetapi mengapa masih memilih mengingkari? Tegahan dan larangan tuhan tak cukup kuat?

“Bukan haram lah. ”

Masih kelabu lagi rupanya.

Mahu lihat ayat berikutnya.

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang TELAH DIHARAMKAN oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu HAMPIRI PERKARA KEJI (FAHSYA’) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Al-An’am, 6 : 151

Pssst, saya bukan ahli fiqh. Tapi saat baca ayat ni, bukankah terang lagi bersuluh ke hukumnya HARAM MENGHAMPIRI PERKARA KEJI YANG TERANG DAN YANG TERSEMBUNYI. Bukan setakat perbuatan itu adalah haram bahkan MENGHAMPIRI juga haram.

Masih kelabu dan samar-samar?

Tak yah lah tarik tali dengan syaitan. Nak kata itu ini tak berapa berdosa.

Sama je seperti haramnya arak dan khinzir.

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya MENGHARAMKAN perbuatan-perbuatan yang keji (Al-fawahisya) sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Al-‘Araf, 7 : 33

Ni lagi satu.

Apa reaksi atau respon saat tahu sesuatu itu HARAM?

Seperti haramnya riba, haramnya judi, mengapa sulit mengimani haramnya perkara keji?

Orang yang beriman tiada ragu-ragu, langsung taat. Tak perlu fikirkan alasan menghalalkan yang haram.

Tetapi orang yang punyai masalah dalam imannya, kehendak diri sering mendominasi, tuntunan Tuhan tidak dipeduli, meskipun sudah tahu apa itu halal dan haram. Realitinya, Quran belum mampu menjadi furqan dalam kehidupan. Lalu ayat-ayatNya didustakan berkali-kali.

 

#Random

kenapalah suka conteng dalam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.