Tadabbur Tazakkur

Tadabbur tazakkur level I dan II

” Saya takut nak tadabbur. Dah la pandai setakat level satu je”

.

Luahan kenalan ketika program BDQ sesi lepas. Di sini, saya suka untuk berkongsi contoh tadabbur tazakkur level I dan II, enshAllah menggunakan teknik tadabbur tazakkur AIS dan 3P1R. Teknik, ia akan semakin dikuasai dengan sentiasa berlatih dan mengaplikasinya. 

Ayat pilihan saya:

Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka) (al-Hijr, 15:3)

Tadabbur A (Allah) Sebelum dan selepas
– Orang kafir berharap supaya mereka menjadi Islam, dan meyakini Allah biarkan mereka (orang-orang kafir) makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan.

Tadabbur I (Ibadah)
– Sebagai hamba, perlu waspada kepada makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalikan oleh angan-angan, kemudian nanti akan mengetahui kelak akibat perbuatan.

Tadabbur S (Sirath)
-Cara hidup saya, perlu jaga-jaga kepada makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dari dilalaikan oleh angan-angan, kemudian nanti saya akan mengetahui akibat perbuatan.

Tazakkur A

  • (P1)
    – INGAT!, Wan perlu yakin bahawa Allah dah jadikan Wan Islam. Jangan terlalu leka dengan dengan makan-makan dan senang-lenang.
  • (P2)
    -Leganya saya, Allah dah jadikan saya Islam, muslim saya hanya perlu lebih waspada dengan senang-lenang dan tidak dialalaikan angan-angan.
  • (P3)
    – Saya jelas selepas ini, perlu sentiasa beringat-ringat. Jangan terlalu leka dengan makan-makan sahaja, dan jangan senang lenang dan tidak dilalaikan angan-angan.
  • (R)
    – Ya Allah, saya selalu lalai dan leka. Sya takut bantu saya untuk sentiasa ingat, waspada dari makan-makan dan senang lenang dunia.

Tazakkur I

  • (P1)
    -INGAT! Wan, jangan terlalu berleka-leka kehidupan ni dengan makan-makan dan senang lenang je. Nanti, wan akan ketahui akibat dari perbuatan itu!
  • (P2)
    -Leganya saya, jika saya cuba untuk wasapada, tak terlalu leka dengan makan-makan dan senang lenang kehidupan dunia, saya juga ketahui akibat dari perbuatan itu, semoga Allah terima amalan saya
  • (P3)
    -Saya semakin jelas, lepas ini saya akan sentiasa perlu berwasapada. Jika ada kelas-kelas al-Quran dan ajakan makan-makan dan suka-suka, saya perlu utamakan ke kelas quran berbanding ke tempat yang suka-suka.
  • (R)
    -ya Allah, kuatkan langkahku sebagai hamba. Aku sentiasa dilalaikan dengan angan-angan, makan-makan, senang lenang dunia. Aku tak kuat menghadapi seronok dunia tanpa Engkau, ya Aziz.

Tazakkur (S)

  • (P1)
    -Ingat, saya tak boleh terlalu leka dengan kawan-kawan yang suka makan-makan dan suka akan kesengan dunia serta kawan-kawan yang suka dilalaikan dengan angan-angan.
  • (P2)
    -Leganya, jika saya cuba ubah cara hidup ini dengan tidak terlalu berkwan sehingga terleka dengan makan-makan dan kesenangan dunia.
  • (P3)
    -Saya jelas, memilih cara hidup iaitu pertamanya akan pilih kawan yang tak terlalu leka dengan makan-makan dan lalai dengan kesenangan dunia.
  • (R)
    -ya Allah, bantu saya memilih cara hidup yang baik. Supaya saya tak terlalu leka dengan makan-makan sahaja. Tak leka dengan kesenangn dunia dan angan-angan kosong. Sebab saya nak jadi hambaMu yang baik, ya Roheem.

Semoga interaksi kita dengan al-Quran semakin hari semakin erat, menyubur kebun cinta kepada Tuhan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.