Terpedaya
Promosi awal tahun bakal berakhir. Bertubi-tubi gambar-gambar produk kosmetik memenuhi laman sosial.
“Sis, saya nak order satu.” Satu mesej memasuki inbox si pengedar.
– “Isi borang ini dan bayar ke akaun xxx”
Ketika barangan yang ditempah itu tiba…
“What! Kecil ni je? Saya bayar RM200 hanya untuk sesudu (15 ml) collagen serum?”
-“Eh, tak boleh jadi ni.”
“Habis tu nak buat apa? Salah saya tak tanya pasal produk. Tapi iklan mereka, bukan mainlah hebat… haish.”
Rasa tertipu, terpedaya. Saat apa yang dibayangkan rupa-rupanya tidak sama dengan realiti.
***
Terpedaya.
Ada kaitan dengan harapan yang tidak sama dengan kenyataan realiti. Yang bermain-main di akal fikiran rupa-rupanya hanya ilusi.
Bagaimana sampai boleh diperdayakan?
Apabila langit terbelah; dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; dan apabila lautan pecah bercampur-baur; dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu daripada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?
Al-Infithar, 82 : 1-6
Penyesalan terpedaya kelekaan bersenang-senang menjelang peperiksaan mengakibatkan skor yang rendah, masih boleh dirawat. Masih boleh bangkit kembali. Kerana masih ada masa untuk memperbaiki.
Penyesalan terpedaya dengan janji manis pujuk rayu si penjual barangan mengakibatkan mengalirnya wang pada barangan yang tidak diperlukan, masih boleh dimaafkan. Kerana masih punya tenaga untuk mendapatkan sumber kewangan kembali.
Penyesalan terpedaya dengan kehidupan dunia mengakibatkan kerugian di akhirat, tiada solusinya. Menyesallah selama mana, niscaya penyesalan itu tidak membawa ke mana.
Justeru, apakah yang memperdayakan manusia sehingga berkali-kali mengingkari Tuhannya?
Terpedaya dengan agama yang direka-reka
Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung”. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.
Ali-Imran, 3 : 24
Tidak berhati-hati dalam menggarapkan sumber ilmu bakal mengakibatkan kesesatan.
“Kalau kau percaya kepada Jesus, semua dosamu akan diampuni. ”
Sejak bila Jesus menjamin syafaat buat kaumnya?
“Kita, Yahudi /Nasrani, pasti masuk syurga. Kalau tak pun, sekejap je masuk neraka tu..”
Di mana dalilnya?
Terpedaya dengan syaitan (35:5 ; 31:33 17:64 ; 7 : 22 ; 6 : 122 ; 4: 120
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
An-Nisa’, 4 : 120
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu biarkanlah mereka dan ap ayang mereka ada-adakan itu.
Al-An’am, 6 : 112
Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mreka, sambill ia berkata “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selamanya di dalam syurga).
Dan ia bersumpah kepada keduanya “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
Al-‘Araf, 7 : 20-22
Syaitan ni licik kan? Cuba telusuri lenggok gayanya dalam memperdayakan. Mereka memanfaatkan keperluan dan hajat survival seorang manusia untuk mencapai kepada pengingkaran. Mengaburi langkah sehingga manusia sanggup untuk akur.
“Engkau mahu hidup lama di syurga kan? Engkau mahu kekal selamanya di syurga kan?”
Anak-anak Adam seharusnya memperhalusi dan jelas serta prioritikan pemilihan tindakan. Apa yang saya perlukan? Apa yang saya mahukan?
Paling priority untuk dikejar seorang manusia adalah “Taqwa”. Kerana hanya inilah bekal yang realitinya akan kekal menjadi milik seorang manusia sampailah ke Hari Qiamat.
Dirimu memerlukan taqwa melebihi keperluan-keperluan lain.
Terpedaya dengan dunia (57 : 20 ; 45 : 35 ; 31:33 ; 6:130 ; 3:185; 7:51 )
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu . Ketika itu sesiapa yang dijauhkand ari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Ali-‘Imran, 3 : 185
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
Luqman, 31 : 33
Aish… so, real life is not here. Real life is in Jannah. Bear with delayed gratification.
Terpedaya dengan angan-angan kosong
Mereka menyeru orang-orang beriman “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab “Benar! akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat islam) dan kamu pula ragu-ragu sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah. Dan , kamu pula diperdayakan oleh bisikan syaitan dengan Allah.
Al-Hadid, 57 : 14
Punca
(Tuhan berfirman : orang-orang yang ingkar itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia. Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat) kami lupakan mereka sebagaimana mereka telah lupa menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.
Al-‘Araf, 7:51
Solusi
1.Jauhkan diri daripada…
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permaindan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri tidak terjerumus dengan sebab apa yang dia telah usahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan-tebusan) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar.
Al-An’am, 6 : 70
2.Minta dijauhkan daripada…
Dan katakanlah “Wahai Tuhanku , aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.
Al-Mukminun, 23 : 97-98