Tadabbur Tazakkur

Kembalinya aku kepada Quran.

Salam Q. 17/36.
Entah bagaimana ayat ini telah menjadi “paku” agar aku bertapak kukuh menjalani kehidupan mencari keredhaan Allah melalui kehidupan yang dilalui.

Bermula pada tahun 2008 masih ku ingat diri ini mulai menjejakkan kaki ke sebuah negeri asing tetapi demi menuntut ilmu di gagahi jua. Masih terngiang kenyataan sepupu iaitu dinasihatiku agar berfikir lima kali sebelum membuat keputusan menyambung pengajian di negeri tersebut. Setiap kali di aju soalan mengapa dia hanya diam membisu. Aku hanya menerimanya sebagai cabaran, ketika itu diri ini merasakan apa salahnya dengan usia muda tempuh saja lah yang mendatang.

Kini 2018 begitu banyak yang telah dilalui, bagi diriku. Lain orang lain rencananya. Menghadap komputer menulis semula kenangan, pengalaman sudah sebagai permulaan diri ini membuka peluang untuk bersama sesiapa sahaja di dalam ini. Lupa mengucapkan salam perkenalan.

17/36, oh ya pembacaan Quran dengan bahasa yang aku sendiri faham bermula ketika aku dinegeri perantauan. Masa senggang dihabiskan dengan membaca ayat yang di alih bahasa kerana aku tidak memahami bahasa Arab (yakni bahasa di dalam Quran). Pembacaan dibuat setiap kali usai sembahyang. Dulu ya mutu sembahyang ditambah baik, jauh dari keluarga kita perlu lebih kuat. Masih teringat akan ayat yang memberhentikanku membaca lantas ditanda terus pulang ke bilik. Ya pulang ke bilik kerana jarang kuliah lepas waktu Asar, kebiasaannya kuliah terakhir pasti sebelum jam 4 petang.

Ayat tersebut membuatkan ku tersentak, ya 43/36. Pencarian ku selama ini seakan terjawab melalui pembacaan, sebanyak 1001 pertanyaan ku terjawab dengan sejuta satu jawapan. Selesai waktu Magrhib terus telefon bimbit dicapai menghantar pesanan ringkas SMS kepada walid di negeri asal.

Pesanan ku dibalas dengan ayat ketawa, hehe. Tidak lebih dari itu. Aku abaikan saja kerna cuti semester tidak lama, pulang kelak banyak boleh dibincangkan.

Seakan boleh dibaca walid yang aku sedang melalui suatu fasa yang berbeza sebelum menyambung pengajian. Terus mengambil peluang aku bercuti menemukan dengan pakSu. Selain berbual mengenai keluarga khabarnya, perkembangan serta khabar diriku di negeri jauh, pakSu mengejutkan aku dengan soalan yang menjadi pahat di dalam diriku. Wan sembahyang?, aku hanya sekadar mendengar tanpa perhatian, di aju sekali lagi soalan yang sama dengan gaya berbeza, apa Wan Solat di sana?

Tahu akan gaya pakSu (seorang membesar di Utara) mudah bergurau, maka persoalan tadi dijawab dengan soalan. Apa itu Solat? Bukankah sembahyang itu solat, dan solat itu sembahyang?

Jawapan pakSu ringkas 29/45.

Begitu cepat terasa waktu berlalu bila perbincangan dengan ayat-ayat Quran. Perbincangan kami setakat itu kerana komitmen kekeluargaan. Ya jika walid dan pakSu berbual meraka boleh seakan lupa masa berlalu, semasa kecil pernah ku saksikan perbualan yang bermula pada jam 8 malam akan berlarut sehingga ke jam 5-6 pagi keesokannya.

Sebelum aku berangkat pulang dari ziarah pakSu dan keluarga sempat dipesankan kepada ku tak mengapa Wan masih belajar tumpulah pada pelajaran, senang-senang bacalah Quran.

Jika menarik perkongsian ini, nantikan lebih lagi. Jika tidak, nyatakan agar perkongsian lepas ini lebih terus kepada ayat-ayat berbanding penuh cerita dan drama.

Sekian, #AmbilTahuAmbilPeduli. pakWan.

PakWan

Salam, anak kelahiran Pulau Pinang, Merupakan Jururawat Berdaftar sebagai profesyen. Berkahwin pada 2015, dikurniakan seorang anak pada 2017. Jom, 17/36.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.