SAYA NAK BERUBAH !
Nama surah dan no ayat
11) Hud 123 : Ayat 114
Artikel ini ditulis oleh Roslina
“Dina ! Saya nak berubah”
“Alhamdulillah ! I’m happy for you. Itu satu perjuangan yang besar. Bukan mudah nak membuat keputusan BERHIJRAH dari perangai-perangai lama kita ni. Kira kau kuatlah wei !” Dina terus menepuk-nepuk bahu teman baiknya. Patutlah Nadirah diam jer dari tadi.. ada persoalan besar yang sedang bermain diminda rupanya.
Dina terus tersenyum bahagia memandang Nadirah.
“Tapi saya takut TAK ISTIQAMAH untuk ikhlas buat baik ni… pakai tudung, jaga solat.. nak baca Quran macam awak.. saya takut saya tak betul-betul kuat ” Ujar sang sahabat meluahkans egala kerisauan hatinya. Yelah sekarangkan tengah isu panas pasal artis-artis ramai yang dah bukak tudung semula. Dia tak mahulah jadi macam tu.
“Memanglah tak mudah nak ikhlas Didra ! Tapi tak per… nama pun perjalanan Hijrah.. perlu bertahap-tahap..tak der terus sampai ke Destinasi. yang penting mulakan langkah. Paksa diri untuk berjalan. Letih rehat jap.. pastu teruskan semula perjalanan.. InsyaAllah sampailah ke Destinasi Ikhlas. dari tak mulakan langsung perjalanan, memang sampai sudahlah tak sampaikan” Dina dah mula mengeluarkan analoginya.
“Begitu jugak dalam perubahan diri. Kalau perlu paksa.. kau paksa jer dulu. Janji SOLAT. Malas macam mana pun.. SOLAT juga.. dah lewat pun.. tak per ..SOLAT jer Sebab yang paling penting awak SOLAT. BUAT jer Dira. Ikhlas atau tidak .. itu bukan kerja kita. Itu Allah yang tentukan. Tugas kita BUAT” Terangguk-angguk kepala si Dira mendengar.
“Esok-esok dah biasa dengan solat lima waktu, kau cuba jaga waktu pulak. Hah ! aku nak tanya .. kau suka tak kalau telefon jer Man .. dia terus angkat ?” Dina mula memasuki strategi emosi orang yang sedang hangat bercinta.
“mestilah suka.”
“apa yang kau rasa bila Man cepat-cepat jawab call ?”
“rasa disayangi sangat, rasa dihargai” tersipu-sipu si Nadirah menjawab soalan-soalan cepumas si Dina.
“Hah ! macam tulah juga dengan panggilan azan. Allah panggil kita untuk solat. Seharusnya bila dengar jer azan, terus ke surau. terus solat. Itu tandanya kita sayang Allah. kita mulai mensyukuri segala pemberian Allah yang macam – macam ni… Termasuklah nikmat dapat boyfriend baik macam si man tu” pandai jer si Dina cucuk jarum. sekali lagi Nadirah tersipu.
“Hah ! pasal aurat.. kau nak tutup macam mana pun terpulang .. bak kata us Azhar Idrus, nak pakai baldi atas kepala pun boleh. Asal tutup aurat..hahehe. Tapi yang paling penting tujuan menutup aurat tu sendiri. Bukti Allahs ayng kaum perempuan macam kita. Jaga aurat bererti kita jaga maruah kita sebagai perempuan agar orang tak perlekeh.” nadirah terus tekun mendengar. Bagaikan tidak mahu ketinggalan satu ayat pun yang keluar dari lidah sahabatnya.
” Awak fikir ye, kenapa minah-minah saleh yang professional, educated, kerabat Diraja.. mana ada pakai seksi-seksi sangat.. mana ada dedah sana-sini.. sebab apa ? sebab PRIDE ! MARUAH ! kalau dalam movie, perempuan murahan jer, yang kerja biasa-biasa, yang tak berapa nak cerdik yang pakai bukak sana sini. So kau fikirlah nak jadi perepuan professional yang bermaruah atau perempuan biasa-biasa”
‘Ok kau baca ni.. pastu kau share apa kau rasa” Dina membuka helaian Quran di handphonenya. Surah Hud 11 ayat 114
“Dan dirikanlah solat,
- pada dua bahagian siang (pagi dan petang)
- dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.
- Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan sebahagian kejahatan. Perintah-perintah Allah yang sedemikian adalah MENJADI PERINGATAN bagi orang-orang yang mahu beringat.”
Perh !
Terpaku mama mendengar cerita kakak berdakwah santai dengan sahabatnya. berani dan bernas.
Maka mama pula kongsikan perintah Allah di dalam Al Imran ayat 104
“dan hendaklah ada di antara kamu, satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah ORANG-ORANG YANG BERJAYA”
“dan mama bahagia, kakak menyahut perintah ini.” Bahu anakanda diusap mesra.
Mengkahiri perbualan kami malam tadi.. mama tak lupa menitip pesan buat kakak.. untuk terus Istiqamah membaca Quran agar kaka lebih faham erti kehidupan dan cabarannya. Mama baba tak mungkin selamanya dapat memberi panduan pada kakak. .. tapi Allah sentiasa ada BERBICARA dengan kakak melalui Qurannya.
Mama dan baba juga tak sentiasa ada untuk mendengar cerita suka duka kakak. tapi ALLAH sentiasa ada untuk MENDENGARnya di setiap Solat kakak 🙂
Ya Rabb !
Berkatilah GENERASI kini dan yang akan datang. jadikanlah mereka para pejuangMu yang akan mengembalikan kegemilangan ISLAM di muka bumi ini.
Amin