Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

Daie yang lemas

Nama surah dan no ayat
17) Al-Israa’ 111 : Ayat 107

Artikel ini ditulis oleh Syahrul – Niza

Azman termenung di jendela kamar tidurnya, telefon bimbit masih dalam genggaman.
“Aris, boleh kita jumpa?”
“Tak boleh la Abang Man, banyak tugasan yang perlu disiapkan”.
Azman akur dengan kesibukan pelajar – pelajar universiti tempatan.  Fikirannya terus melayang mengenangkan kesyukuran dan kegembiraan membawa halaqah di luar negara, baik semasa ijazah sarjana muda di Amerika Syarikat mahu pun ijazah sarjana di Australia.

Dengan hati yang amat kecewa, Azman menghubungi naqibnya.

“Abang Lan, boleh kita jumpa sekarang?”

Azman mencurahkan segala rasa hati pada pertemuan tersebut.  Azlan mendengar dengan penuh empati.  Akhirnya dia bersuara.

“Azman sudah khatam berapa kali buku Seerah Rasulullah?”

“Tak terkira, Bang”.

“Hmmm, tapi gaya kecewa ni macam tak pernah menjiwai seerah Rasulullah.  Ok, kenapa Man baca Seerah?”

“Aih Abang ni, mestilah supaya kita mengetahui perjuangan Rasulullah”

“Abang rasa pembacaan Man ni seperti pesakit asthma yang tak tepat menggunakan nebulizer, banyak oksigen yang terbazir keluar”.

“Maksud abang, kebaikan seerah terbocor keluar?”

“Ya, benar, seerah Rasulullah semenjak peristiwa di Gua Hira perlu dikaitkan dengan wahyu yang turun.  Ianya turun ketika Baginda benar-benar memerlukan. Setiap surah itu kita umpamakan seperti oksogen yang hadir ketika Rasulullah SAW amat memerlukan oksigen itu. Setiap surah yang turun mempunyai sirahnya dan mempunyai situasi tertentu ketika ia turun kepada Rasulullah SAW. Ini pengajarah yang abang dapat dari Seminar Sirah di sebalik Surah”

“Kalau begitu Man kena menbaca buku Seerah yang lengkap dengan Surahnya, Man rasa buku bertajuk Muhammad Anak Yatim amat sesuai”.

“Alhamdulillah, Man sudah dapat intipatinya. Mari kita tadabbur Surah Isra ayat 105 hingga 109 supaya segala perbincangan ini melekat di minda dan menjadikan diri kita lebih khusyuk”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.