Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

Akulah Insan Itu

Nama surah dan no ayat
38) Saad 88 : Ayat 74

Artikel ini ditulis oleh Siti zubaidah

 

Jam 2.35 pagi. Mata yang dibukakan oleh Allah Ya Fattah jam 11.45 malam tadi masih belom lagi dapat dilelapkan.

Perlahan-lahan, aku capai sebuah ‘buku’ usang yang sudah sekian lama tidak bersentuh. Berhabuk. Berdebu.

“handphone kau tak pernah kau biarkan lebih dari 15 minit terbiar, selalu disentuh dan dibelai, tapi lembaran ini sudah lama tidak kau jenguk”, sepertinya suara itu datang untuk mengetuk hatiku yang keras ini.

Tanpa ku sedar, air panas meluncur laju membasahi pipiku. Sudah sekian lama air mata ini tidak menitis. Tapi pada malam ini, ia jatuh tanpa dipinta.

Hati aku kosong.
Jiwa aku lopong.

Sepertinya ada sesuatu yang hilang. Tapi apa yang hilang itu?
Aku tak pasti.

Kenapa dengan aku malam ni?
Aku dah nak mati ke?

Aku tiup debu-debu kecil yang menyelaputi “buku” itu.

Lantas, jari jemariku menyelah sehelai demi sehelai lembaran yang sudah bertukar kuning warnanya.

Tiba-tiba mataku terhenti kepada ayat ini.

“Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir. Allah berfirman: ” Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? ” Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.
(As-Saad, 74-76)

Ya Allah, apakah sifat ini ada padaku wahai Allah?

Aku terdiam seketika.
Kelu. Bisu.

Ye, Betul Ya Allah. Aku mengaku selama ini aku sering merasakan aku lah yang memiliki kehebatan. Aku memandang orang sekeliling aku dengan wajah kehinaan. Aku memandang tukang sapu dengan pandangan menjengkelkan. Hakikatnya, yang mulia itu hanyaMu Ya Azhim Ya Dzaljalaaliwalikram. Aku lah hambaMu yang hina itu.

Aku merasakan aku lah yang memiliki kekayaaan. Mereka yang miskin sengaja hendak hidup miskin kerana malas bekerja. Hanya mahu ‘disuap’ sahaja. Hakikatnya Engkau lah yang kaya itu. YA Ghoniy Ya Mughniy. Aku lah hambaMu yang fakir miskin itu.

Teruknya aku Ya Allah.

aku rasa aku lah yang memiliki kepandaian, aku bijak mengatur strategi perniagaan, aku bijak merancang hala tuju perniagaanku. Aku pandai dalam merancang kewangan. Hakikatnya, Engkau lah yang bijak itu Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. Aku lah yang bodoh itu.

Sungguh, aku sombong padaMu, Allah.

Sifat yang ada pada iblis itu ada padaku.
Aku lah iblis itu, Ya Allah.

Ampunkan aku, wahai. Allah.
Maafkan aku Ya Allah.
Terimalah taubatku, Allah.

Aku tak nak menjadi golongan kafir, Allah.

Tolong aku Ya Allah
Tolong aku Ya Allah
Tolong aku Ya Allah

😭😭😭😭😭

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.