Tadabbur Tazakkur

Traveller Bongkok

Ahlan Wasahlan,

buat diri ku yang telah lama menyelimuti diri dari dunia menyampaikankan ilmu Allah SWT kerana hilang keyakinan diri dalam menyampaikan ilmu. Ketakutan menyampaikan ilmu terdetik apabila tidak dapat menyampaikan ilmu tersebut dengan baik. Kemungkinan banyak lopong dalam diri ku yang jahil dan hina ini. Kemungkinan juga ini terguran dari Allah SWT buat diriku yang merasakan diri ini telah penuh dengan ilmu sedangkan tidak. Selepas perkahwinan, isteri sering memohon untuk aku menulis seperti sebelum ini kerana cinta suri hati suka akan penulisan ku tetapi kemampuan menulis dan menukil ayat-ayat emas ini tidak lagi ada dalam diriku yang telah hilang keyakinan berkongsikan ilmu.

Hari ini,

Sifat manusia dizaman teknologi kini, suka akan media sosial, membelek ‘status’, ‘stories’, ‘moment’, dan lain-lain. Aku lah manusia itu, setelah membelek ‘status’. Hadirnya status seorang hamba yang digelar “JEBAT” (memang nama dia Jebat tak silap, kenalan di lautan). Statusnya cukup mengenakan kesan pada diri ku yang lopong ini. Bak acah-acah bunyi yang buat diri ini tersedar. BOOOOOMMMM!!!

“MERANTAULAH, ORANG BERILMU DAN BERADAB TAK AKAN DIAM DI KAMPUNG HALAMAN” – IMAM SYAFIE-

Setalah terkena bom dari petikan Mazhab aku sendiri, serta merta merasakan yang Allah SWT telah menghantar diriku mengembara secara tidak langsung (setelah hilang keyakinan, aku membawa diri dengan mengambara didaratan dan dilautan) bertemu dengan cipataan illahi yang indah-indah, dunia yang gelap dan kotor, insan yang mulia dan insan yang tergelincir dari jalan yang sebenar. Apabila terkenangkan detik-detik mengembara ini, terus rasa ingin memahami petikan dari Imam Syafie. Mulalah semangat untuk bertadabbur membuak semula. (Semangat bertadabbur pun berselimut kot).

Subhanallah, (Perhatikan syair dibawah dan fahaminya)

Merantaulah…-

Orang berilmu dan beradab tidak diam beristirahat di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan hidup asing  (di negeri orang).

Merantaulah…

Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan kawan).
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan..
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa..
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akam kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus berdiam..
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas tak ada bedanya dengan tanah biasa di tempatnya (sebelum ditambang).
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika gaharu itu keluar dari hutan, ia menjadi parfum yang tinggi nilainya.
Jika bijih memisahkan diri (dari tanah), barulah ia dihargai sebagai emas murni.


Merantaulah…

Orang berilmu dan beradab tidak diam beristirahat di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan hidup asing  (di negeri orang)

Sumber: Diwan al-Imam asy-Syafi’i. Cet. Syirkah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Beirut. Hal. 39

Setelah membaca syair Imam Syafie, Aku merasakan diri ini diibaratkan air yang sentiasa mengalir bersih dan suci, ibaratkan singa yeng mendapat makanan, ibarat matahari yang yang menerangi insan yang tersayang, ibarat emas yang berharga, ibarat kayu gaharu yang wangi. Apabila dikenangkan kembali itumerupakan kelebihan mengembara buat sang pengembara ataupun para musafir, ayat trend zaman sekarang adalah ‘TRAVELLER’. Secara langsung aku mempraktikkan skill SKDA (Solusi Kehidupan Dalam Al-Quran) iaitu keyword untuk lebih memahami syair ini.

Ayat yang menarik perhatian dan menyentuh emosi ku,

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. Surah Luqman 31:31

Ya benar, terlalu banyak Allah menunjukkan kemurahannya. Radio buruk sering bersiaran mengatakan belayar ini adalah kehidupan yang negatif. Cth, melibatkan pelacuran, dadah, alkohol dan sewaktu dengannya. tetapi cuba perhatikan bahawa mudah lagi mencari rezeki dilautan berbanding didaratan.

Kenapa?

Antara 1 padang dan 2 padang kebun durian musang king yang ditawarkan, mana satu pilihan anda? 2/3 dunia ini diliputan oleh lautabn bersamaan dengan 71%. Fikir-fikirkanlah.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal di tengah (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung.” (QS. Asy Syura: 32).

sumber: https://rumaysho.com/7134-tadabbur-ayat-laut.html

Apabila perhatikan ayat diatas, kapal merupakan pengangkutan yang boleh mengangkut hasil lautan ataupun membawa barang dagangan dimana perkapalan dan lautan merupakan ibu kepada ekonomi sesebuah negara. Ayat ini juga merupakan penguat dan penyokong untuk tadabbur ayat yang sebelumnya. Pengembaraan merupakan salah satu nikmat besar yang diberikan Allah untuk hamba Nya.

Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu. Surah An-Naml 27:69

Sumber: Al-Quran

Antara pengajaran dan objektif mengapa Allah perintahkan adalah memberikan petunjuk dan pengajaran akan keburukan atau balasan yang ditimpa oleh orang-orang terdahulu. Orang tua juga ada mengatakan belajar dari kesilapan orang terdahulu adalah yang terbaik dimana kita dapat mengelakkan diri kita dari melakukan kesilapan yang sama. Mungkin juga dalam pengembaraan kita. Kita dapat mengenali lebih ramai orang yang mempunyai pengalaman, budaya, agama, etika dan adab yang berlainan. Tambahan, mengenali mereka dapat menambahkan ilmu kita dalam menghadapi segala aspek kehidupan kita didunia dan diakhirat. berdasarkan pengalaman aku dalam pengembaraan ini, aku merupakan seorang suami yang mentah (baru berkahwin) telah ditakdirkan oleh Allah SWT berjumpa dengan 5 orang yang berbeza tetapi mempunyai persamaan iaitu mereka pernah bercerai dengan pasangan mereka. Masing-masing mempunyai faktor perceraian tersendiri. Salah seorang dari mereka mempunyai faktor yang paling menarik iaitu, beliau menyesal bercerai akan kesilapannya bercerai kerana beliau tidak pernah mengimamkan isteri beliau sepanjamg perkahwinannya itu. Beliau sedar akan pentingnya solat berjemaah berama isteri kerana ia memupuk sifat hormat-menghormati antara suami dan isteri terhadap Allah SWT.

Subhanallah, Sungguh luas nikmat Allah apabila dapat mengembara di daratan, diudara dan juga dilautan.

Allah, kecilnya aku ini terhadap segala ciptaan Mu, tundukkanlah aku terhadap Mu dengan ilmu-ilmu Mu yang luas terbentang yang tidak akan siapapun yang dapat menerokainya. Ya Wahab.

*Buat isteri yang dicintai, selamat membaca setelah lama kanda tidak menulis dalam bidang tadabbur. Doakan saya sentiasa mendalami dan memahami Kalam Allah yang suci.

Traveller bongkok la yubali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.