Tadabbur Ringkas Surah Al Baqarah ayat 112
Ini ialah dari Iffah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Al Baqarah Ayat 112
Terjemahan : (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Sesungguhnya syurga itu akan dimasuki oleh setiap orang yang tulus dan ikhlas kepada Allah serta melaksanakan ibadah dengan baik, iaitu dengan mengikuti ajaran Rasulullah. Itulah sifat orang yang akan masuk syurga dari golongan manapun. Dia akan mendapatkan ganjaran dari Allah. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dalam menghadapi apa yang akan terjadi di akhirat nanti. Dan mereka juga tidak pernah bersedih hati atas kenikmatan dunia yang dilewatkannya. Sifat-sifat tersebut -setelah kedatangan Nabi Muhammad -ṣallallāhu ‘alaihi wa sallam- tidak terpenuhi
Tazakkur
Bahkan yang masuk syurga adalah orang yang berbuat ikhlas kepada Allah dan mengikuti Rasulullah SAW dalam ucapan dan tindakannya. Barangsiapa yang melakukan demikian, maka dia akan memperoleh pahala amalnya di sisi Tuhannya di akhirat, iaitu masuk ke syurga dengan segala kenikmatan yang ada di dalamnya, sedangkan mereka tidak merasa takut terhadap hal yang akan datang dari perkara akhirat dan tidak merasa sedih kerana tidak memperoleh keuntungan-keuntungan dunia. Berdasarkan ayat ini, yang berhak masuk syurga adalah orang yang ikhlas dan mengikuti Rasulullah SAW (orang-orang muslim).