Pelajaran Quran dari Masbah
Berikut ialah pelajaran dari Masbah Madon
Pelajaran ini dari halaman halaman 316
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Firaun berkata kepada ahli2 sihir: Kamu beriman kepada Musa sebelum minta izin daripada aku? Dia dah kalah, lalu mencipta alasan2 kecil. Dia tuduh Nabi Musa adalah ketua kepada ahli2 sihir, padahal ahli2 sihir ini pada mulanya perancangan Firaun sendiri. Sekarang ahli sihir dah melompat ke sebelah kerana kebenaran, bukan saja lompat tapi terus sujud. Firaun mengancam akan memotong tangan dan kaki mereka dan akan menyalib mereka pada pokok tamar supaya mereka tahu siapa lebih keras azab seksanya. (20:71)