Tadabbur Ringkas Surah Surah Al Hajj ayat 67
Ini ialah dari Noriah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah Al Hajj Ayat 67
Allah telah menetapkan syariat yang mesti dilakukan.Kita jangan langgar syariaat dan kita juga mesti ajak orang lain melakukan kebaikan .Jika ikut 2 perkara ini adalah bukti jalan yang lurus .
Tazakkur
Tazakkur:
Peringatan
Ingat Noriah! Ikut syariaat yang telah ditetapkan oleh Allah dan terus berdakwah dan berbuat baik jika kamu mahu konsisten berada di jalan yang lurus.
Petunjuk
Noriah..ikut peraturan yang Allah tetapkan.
Mesti terus buat kebaikan tanpa jemu.
Doa agar berada di jalan yang lurus.
Penawar
Lega rasanya…Jika saya ikut hukum dan peraturan Allah dan tetus buat baik secara istiqomah bermakna saya di jalan yang lurus.
Rahmat:
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Baari’
Anugerahlan hambaMu yang lemah ini kemudahan dan kekuatan untuk taat kepada perintahMu dan bantulah hambaMu ini untuk terus belajar , beribadah , berbuat kebaikan dan berdakwah seperti yang Engkau mahukan.
Sesungguhnya Engkau Al Aziz
Engkau Maha Pemberi Ya Wahab
Aamiin Ya Mujib.