Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah ar Ra’du ayat 19

Ini ialah dari Najihah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah ar Ra’du Ayat 19
Dalam ayat ini Allah nak beritahu di dunia ini ada 2 golongan iaitu golongan yang berakal dan sebaliknya. Orang yang berakal sentiasa berfikir dan mereka percaya Al quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah benar. Manakala orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak mahu berfikir dan Allah telah butakan hatinya. Golongan inilah yang tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad kerana mereka tidak mahu memikirkan kejadian di sekelilingnya.

Tazakkur
Sebagai peringatan.. kita mestilah menjadi orang yang berakal iaitu sentiasa memikirkan kejadian alam agar kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan menjadi orang yang sentiasa mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.