Tadabbur Ringkas Surah Surah Ar-Ra’du ayat 19
Ini ialah dari Anis – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Surah Ar-Ra’du Ayat 19
Mesej yang saya dapat dari ayat ini adalah Allah menyebut tidaklah sama orang yang meyakini bahawa Al-Quran itu benar dengan orang yang buta, tiada petunjuk baginya ke jalan kebaikan dan tiada pula ia memahaminya. Sesungguhnya orang yang memikirkan hal itu saja orang yang berakal sempurna
Tazakkur
Apa yang saya dapati dari ayat ini adalah meyakini kebenaran serta tiada keraguan, kebimbangan, kebingungan dan pertentangan terhadap Al-Quran. Kita hendaklah mengambil pelajaran dan menjadikannya nasihat serta memahaminya hanyalah orang yang berakal.