Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah al-imran ayat 190

Ini ialah dari Athirah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah al-imran Ayat 190
Dalam penciptaan langit dan bumi serta silih berganti siang dan malam, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.

Tazakkur
Ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa kita sebagai orang yang berakal mestilah sentiasa berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Dalam berfikir tentang penciptaan langit dan bumi, kita akan mengetahui hebatnya kuasa Allah S. W. T. Menciptakan langit yang luas tanpa tiang. Menciptakan bumi yang mempunyai pelbagai rupa bentuk dan peranannya yang tersendiri.

Selain itu, dalam ayat ini menceritakan kebesaran Allah dalam menciptakan siang dan malam yang silih berganti. Kita akan berfikir betapa hebatnya kuasa Allah yang mengatur pergerakan bumi, bulan dan matahari dalam orbit masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.