Tadabbur Ringkas Surah Al Baqarah ayat 179
Ini ialah dari Iffah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Al Baqarah Ayat 179
Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.
Yakni adanya syari’at qishas terdapat jaminan kehidupan yang aman bagi kita kelak. Hal itu, kerana orang yang hendak membunuh, jika mengetahui bahawa dirinya akan dibunuh juga, maka ia akan berhenti melakukan tindakan pembunuhan, sehingga terselamat seperti yang lain. Demikian pula had-had dalam Islam lainnya, tujuannya untuk menjaga jiwa, harta, akal, kehormatan, agama dan memberi peringatan buat pelaku.
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT menyukai hamba-hambaNya yang berfikir menggunakan akan fikirannya untuk berfikir tentang ketetapan Allah dan hikmah disebaliknya. Demikian juga menunjukkan bahwa orang-orang yang seperti ini berhak mendapatkan pujian termasuk orang-ora
Tazakkur
Allah menegaskan pada ayat ini bahawa di dalam kisas itu ada jaminan keberlangsungan kehidupan bagi manusia. Sebab, jika seseorang menyedari kalau dia akan dibunuh apabila melakukan pembunuhan, maka dia akan memperhitungkan dengan sangat saksama ketika mahu melakukan pembunuhan. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang berakal yang mampu memahami hikmah adanya hukuman kisas dan memiliki pikiran yang bersih, agar bertakwa, takut kepada Allah apabila melanggar ketentuan hukum yang sudah ditetapkan oleh Allah.