Ulul Albab

Tadabbur Ringkas Surah Surah al ahzab ayat Ayat 4

Ini ialah dari Salwa – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah al ahzab Ayat Ayat 4
Mesej dlm ayat ini adalah Allah menceritakan mengenai tidak diciptakan lelaki mempunyai dua hati, perbuatan zihar, dan juga mengenai anak angkat

Tazakkur
Peringatan daripada ayat ini adalah Allah tidak menciptakan lelaki mempunyai dua hati iaitu bermaksud org yg telah mengakui Allah sebagai tuhannya maka tidak bolehlah untk mempercayai tuhan selain daripada Allah kerana itu adalah perbuatan syirik. Selain itu, seorang suami hendaklah tidak menyamakan isterinya seperti ibunya untuk tidak berlaku zihar kerana perkara tersebut adalah satu penganiayaan kepada isteri mereka disebabkan mereka telah mengharamkan isteri mereka tetapi tidak pula menceraikannya. Seterusnya, adalah mengenai anak angkat iaitu tidak boleh dibin atau dibintikan ank angkat mereka itu dengan nama ayah angkatnya. Anak angkat tetap anak angkat bukanlah anak kandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.