Cabaran

Pelajaran Quran dari Rokiah

Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Hari ini tadabbur Surah Ali-‘Imran, halaman 53, juzuk 3,ayat 23 (3: 23)

Apakah pelajaran?
Dalam ayat 22 sebelum ini, kita bercerita tentang amalan orang yang kufur kepada Allah SWT iaitu tidak mahu bersama golongan yang memperjuangkan keadilan. Maka dalam ayat 23 pula, Allah SWT menyambung dengan firman-Nya bermaksud:\n”Tidakkah engkau memerhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian kitab (taurat)? Mereka diajak (berpegang) pada kitab Allah untuk memutuskan (perkara) di antara mereka. Kemudian sebahagian daripada mereka berpaling sambil menolak (kebenaran).”\n Dalam ayat ini, sebenarnya Allah SWT ingin menyampaikan kepada kita tentang golongan terdahulu (Bani Israel) yang mendapat bahagian mereka daripada satu anugerah (kitab), lalu mereka menerima serta membacanya dengan penuh minat. Akan tetapi apabila diajak untuk berhukum dengan Kitab, mereka mula berpaling daripada (m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.