Pelajaran Quran dari Noordiana
Pelajaran ini dikongsikan oleh Noordiana Nana
Ia merujuk kepada Halaman 47
Apakah pelajaran?
Orang yang memberi riba, yang memakannya, yang menjadi saksi serta yang menulisnya, semua mereka ini dilaknat. Ini menunjukkan riba adalah perkara yang amat menakutkan yang perlu dijauhi.(2:275)\nApabila dibangkitkan dari kubur, orang yang makan riba ini bangkit seperti orang yang kebingungan. Ketika di dunia pula mereka mudah diganggu syaitan.(2:275)\nRiba menindas orang yang dibantu dan dosa orang yang terlibat dengannya menggunung tinggi.(2:275)\nSesiapa yang berhenti terlibat dengan riba, ia adalah amat baik. Manakala yang meneruskan amalan tersebut, mereka adalah ahli neraka dan kekal di dalamnya.(2:275)\nAllah menghilangkan keberkatan harta yang dijalankan dengan hasil riba dengan pelbagai cara dan ditambah pula dengan dosa kepada mereka yang melakukannya.(2:276)\nAllah akan mengembangkan