Cabaran

Pelajaran Quran dari Rokiah

Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Nisa’, halaman 101, juzuk 5, ayat 147 (5:147)

Apakah pelajaran?
Allah SWT menegaskan bahawa azab yang pedih akan menjadi balasan jika seseorang itu kufur akan nikmat-Nya. Bagaimana dengan saya atau kita semua, apakah kita mengkufuri atau mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT?Justeru itu bersama-samalah kita mengikhlaskan hati, membetulkan niat dan benar- benar beriman serta mensyukuri nikmat kurnian daripada Allah SWT. Malah Allah akan memaafkan kesalahan hamba-Nya yang bertaubat, mensyukuri para hamba-Nya dengan memberi pahala terhadap amalan yang dilakukan, dan akan menambahkan lagi nikmat-Nya. Allah berfirman, bermaksud:\n”Allah tidak akan menyeksamu jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.” Al-Nisa’ (5:147).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.